Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, October 18, 2010

TIPS: AMBIL GAMBAR WAKTU MALAM

Salam pembaca semua.Yes, aku dah dapat idea  nak tulis apa untuk petang ni. Aku akan bagi korang semua tips berkenaan mengambil gambar pada waktu malam atau tempat gelap. Terima Kasih kepada Hanis MY sebab bagi aku idea ni. Okey bercerita tentang ambil gambar pada waktu malam. Banyak aku tengok gambar-gambar yang blur, gelap sangat, goyang dan sebagainya. Hari ni aku akan bagitau korang camna nak ambil gambar pada waktu malam.Semua tips ni lebih sesuai digunakan jika korang menggunakan DSLR. Langkah-langkahnya adalah seperti dibawah:

NIGHT-POTRAIT MODE

Semua kamera DSLR atau kamera digital biasa mempunyai mode night potrait seperti gambar disebelah. Mode ini menggabungkan flash dan exposure yang lama.

Dengan adanya flash, gegaran dapat dielakkan kerana fungsi flash adalah untuk freezekan objek. Mode ini adalah mode asas untuk korang mencuba fotografi malam.



HIGH-ISO


Dengan mengubah setting ISO kepada yang lebih tinggi (400,800,1600,3200), kelajuan shutter akan bertambah walaupun berada didalam keadaan yang kurang cahaya. Cari dekat kamera anda butang untuk menukar setting ISO.

Kelemahan jika menggunakan ISO yang tinggi (1600-3200)adalah, noise, grain atau bintik-bintik yang tidak diingini akan muncul dalam gambar anda.Serba sedikit akan mencacatkan gambar anda. Untuk mengetahui penggunaan ISO yang sesuai dengan keadaan semasa anda, anda boleh la ubah-ubah setting ISO tu dari 100-1600 dan sebagainya.


Yang tengah tu Mak aku.
FLASH

Cara yang paling mudah adalah menggunakan external flash dan bukannya pop-up flash pada DSLR anda. External flash adalah flash yang akan kita pasang pada bahagian hot shoe kamera. Cara menggunakan flash ni pula terbahagi kepada beberapa bahagian.

Flash dengan bounce kad


Anda boleh menggunakannya secara direct dimana flash dihalakan terus kepada objek. Untuk kelihatan lebih lawa, tambahkan diffuser pada flash anda.Selain itu, jika didalam kawasan rumah, dewan dan sebagainya, anda boleh bounce flash tersebut ke syiling rumah. Korang akan dapat hasil seakan-akan natural lighting. Ini kerana cahaya akan dipantulkan dan cahaya tu akan jatuh ke objek dengan cantik. Cara terakhir adalah menggunakan bounce kad. Biasanya flash external dilengkapi bounce kad. Bounce kad ni diletakkan dibahagian atas flash dan halakan flash keatas. Bounce kad ini akan memantulkan cahaya ke bahagian depan.


GUNAKAN TRIPOD/SELF TIMER/REMOTE CONTROL

Jikalau anda sangat suka untuk mengambil gambar pada waktu malam, pastikan anda mempunyai tripod. Tripod ini bertujuan untuk mengurangkan gegeran tangan anda semasa anda ingin mengambil gambar. Jika anda ingin mengambil gambar sendiri, letakkan kamera diatas tripod dan gunakan setting self timer. Tripod ini juga bertujuan untuk mengambil gambar-gambar secara kreatif pada waktu malam seperti light trail. Remote control pula bertujuan untuk mengantikan shutter button/self timer jika anda ingin bergambar.

Light trail (bukan gambar aku)


CAHAYA SEDIA ADA


Gambar disebelah adalah contoh dimana gambar diambil menggunakan cahaya sedia ada. Dengan menggunakan cahaya sedia ada, gambar akan kelihatan lebih lawa dan kreatif. Tapi pastikan cahaya itu cukup jika cahaya tidak mencukupi, gunakan tripod. Untuk pemilik DSLR, shutter speed yang afdal untuk sesuatu gambar tidak bergoyang atau gegar adalah 1/60 saat. Jika keadaan cahaya dikawasan itu membuatkan shutter speed kurang daripada 1/60, cari tempat rata(lantai, kerusi,batu) dimana anda boleh mengambil gambar tanpa gegaran.


Konklusinya, diharap tips yang aku bagi ni dapat membantu korang serba sedikit untuk mengambil gambar pada waktu malam dan keadaan gelap. Selain itu jangan lupa bereksperimen dengan kamera anda mengunakan setting berbeza. So lets get out and shoot. cheers.




2 comments:

Hanis said...

yeayy thanks a lot! nanti nk cuba la...byk lg nak tny ni haha..will comment more soon...

p/s: ni email gifog07@yahoo.com

Aku Hakimy said...

okey2... emel sudah di simpan... so kalau nak tau apa2 just bagitau k... ill try my best to help... cheers....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...