Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, October 20, 2010

AKU BUKAN GAY!!!!


Salam pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.Sekali korang baca tajuk entry aku memang sangat kontrovesi. Bukan aku nak cakap aku gay. Aku ni straight orangnya. Tapi aku nak review kembali tentang cerita yang menjadi kontrovesi dalam dunia perfileman tanah air. Filem pendek bertajuk "Chukang" telah menjadi topik bualan yang sangat hangat tidak lama dahulu.

Filem pendek arahan Shuhaimi Lua mengisarkan tentang sekumpulan tukang urut GAY yang bekerja untuk mencari pendapatan lebihan. Cerita Chukang ini adalah tentang seorang pemuda yang tampan bernama Azam telah memilih jalan yang salah untuk mencari rezeki. Azam telah bekerja sebagai tukang urut gay dan juga menjual maruah demi mencari rezeki. Watak Azam dalam filem ini di bawa oleh Azam Mystar LG. watak sebenar Azam adalah seorang lelaki straight yang ingin menyara keluarganya dikampugn serta ibu bapanya yang sakit. Namun kerja yang dilakukan Azam dicemburui oleh seorang rakan urut gay yang lain. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, korang boleh la check out dekat youtube dengan menggunakan kata kunci Filem Pendek Chukang.

Bagi aku, cerita ni boleh dikatakan sesuatu realiti yang sedang berlaku di negara kita. Selain pelacuran, menjual diri dengan urutan gay juga telah menjadi kerjaya bagi segelintir anak muda yang kacak dan tampan bagi memperoleh duit dengan cara mudah.Aku sangat sokong langkah kerajaan sekarang yang sering melakukan serbuan keatas rumah urut yang terdapat di Malaysia ni. Apa yang aku dapat daripada filem pendek ini adalh garapan yang cukup membawa kesan oleh pengarahnya. hal ini kerana, mesej yang ingin disampaikan beliau cukup mudah untuk difahami di akhir filem pendek ini. Moralnya adalah, keinsafan dan hidayah yang diberikan Allah kepada pemuda yang bernama Azam untuk berubah demi diri sendiri dan keluarga. Aku bagi 3/5 bintang bagi filem pendek ini.

Akhir kata, aku sesekali tidak menyokong gay dan aku sendiri bukannya gay. Aku tertarik pada cerita ni sebab idea yang fresh diolah oleh pengarah ini. Korang jangan terpengaruh dengan dark side dalam filem ini tetapi haruslah mengambil pengajaran yang berguna yang terdapat dalam filem pendek ini. So, bersama-sama kita sokong hasil karya tempatan. Buang yang keruh ambil yang jernih.Cheers.

p/s: aku sertakan link youtube bagi korang yang nak tengok filem pendek ni.
part 1
part 2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...