Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, October 23, 2010

TYPICAL MALAYSIAN (MENARA WARISAN MERDEKA)

Salam dan selamat pagi pembaca-pembaca yang dihormati sekalian.

Berbicara tentang Menara Warisan Merdeka. Mesti ramai yang membenci dan membantah pembinaannya.

Sebab apa korang semua tak suka??

1. Sebab bonus kerajaan tak bagi.
2. Sebab yuran Universiti kena bayar.
3. Sebab minyak naik.
4. Sebab gaji aku tak naik.
5. Sebab semua orang tak suka, aku pun join tak suka.

Kita selalu pikir tentang diri sendiri dan jangka masa pendek, cuba korang pikir masa depan pula.

Kalau dulu:

1. Gaji kerja kerajaan untuk pangkat rendah baru RM700 sekarang RM1000 tu baru basic.
2. Gaji untuk pegawai dulu RM1500 sekarang start kerja dah cecah RM2000 atau lebih.
3. Dulu beli rumah sewakan baru RM200 sekarang beli rumah sewakan minima RM500.
4. Dulu nak buat bisnes susah, sekarang dalam belog je dah banyak orang buat bisnes banyak juga orang beli.

Signifikannya, kalau kita nak lebih maju (maju bermaksud $$$$$ bertambah) negara mesti maju. So kalau nak maju, benda-benda macam ni yang perlu kita buat. Sampai bila kita nak makan subsidi??

Tun Mahathir dulu kena kutuk, kena herdik kena maki sebab buat KLCC, Putrajaya, KLIA. Sekarang semua orang berterima kasih dengan dia.

Cakap banyak pun tak guna, korang pikir la sendiri ya. Aku bukan nak berpolitikus, aku nak sebuah kehidupan yang lebih bagus untuk masa depan anak-anak aku nanti. Cheers.

Lokasi cadangan pembinaan Menara Warisan Merdeka
Info:
-Menara 100 tingkat.
-Dibangunkan dikawasan seluas 9 hektar.
-Dijangka siap pada 2015.
-5 bilion duit PNB. (bukan kerajaan bukan pelabur)

Dekat Mekah, diorang buat hotel plus menara, tak da sapa nak marah. Sebab diorang nak kemajuan ($$$$)





1 comment:

Ahmad Tajuddin said...

salam ziarah....x salah nak bina bangunan tinggi2 pun..dan x salah nak kejar kemajuan lahiriah sekalipun...tapi,salahnya bila dibuat pada masa yang tidak sesuai...kita semua tahu betapa negara sekarang ini dalam menuju Wawasan 2020 memerlukan pembinaan modal insan dan sahsiah masyarakat pada tahap maksima tapi dalam Bajet 2011,cuba bandingkan peruntukan untuk pembangunan lahiriah dan modal insan,mana lebih diberi perhatian??

baca komen saya tentang Bajet 2011 di sini http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/10/bajet-2011-dan-harapan-islam-di.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...