Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, October 21, 2010

KFC KAT INDIA!!!!

MUMBAI (India) 21 Okt. – KFC Holdings (Malaysia) Bhd menjangka membuka 17 restoran makanan segera KFC di India pada akhir tahun 2011, bermula dengan restoran di Mumbai dan Pune.
"Bandar raya utama Mumbai dan Pune adalah tempat pelancaran perniagaan yang menarik kerana ia menawarkan asas pelanggan yang besar, dengan kumpulan pendapatan sederhana yang semakin meningkat,” kata Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim di pelancaran restoran ketiga syarikat itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada akhir tahun, syarikat itu akan mempunyai sembilan restoran yang beroperasi dengan empat lagi restoran baharu dan dua restoran sedia ada di Pune dibeli daripada Kernel Foods Pvt Ltd, francais sedia ada KFC di India.

"Pelaburan berjumlah lebih daripada AS$9 juta (RM36 juta) telah dibuat bagi sembilan restoran itu pada akhir tahun,” katanya.

Pengembangan ke India menandakan perniagaan pertama syarikat itu di luar rantau Asia Tenggara.
Sumber– Bernama

Komen aku: Alhamdulilah, kiranya lepas ni pekerja-pekerja Malaysia di India seperti abang aku dapat makan makanan yang bermutu dan lebih berkhasiat la di India. Great work KFC Holding. Aku tengok sekarang banyak syarikat Malaysia dalam bidang permakanan telah tumbuh bagai cendawan di negara luar. Terbaru, bertempat di University Loborough United Kindom, restoran Malaysia iaitu Restoran Jom Makan telah membuka cawangannya. So sekarang makin senang untuk kita mendapatkan makanan halal dan bercitarasa Malaysia di luar negara. Satu perkembangan yang membanggakan. Cheers. 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...