Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, September 29, 2010

DETK BERSAMA HANDYCAM, ASTRO RIA!! FOBIA CINTA!!

 


Hi semua, hari ni aku nak story sikit kat korang semua pasal satu program reality yang tak berapa realiti sangat akan muncul di kaca TV. Program itu adalah program Detik Bersama Handycam yang akan disiarkan di Astro Ria tak lama lagi. Program ini berkonsepkan realiti TV mencari bakat muda bagi bidang pengarahan.


Enam peserta telah dipilih dan akan membuat pengambaran disekitar Malaysia. Kalau korang nak tau, setiap peserta tadi diberi tugasan iaitu membuat short story selama 2 minit di keempat-empat lokasi pengambaraan dalam masa 8 jam sahaja. Mencabar tu!!. 


Apa yang menarik tentang program ni, ianya dihoskan oleh pengacara yang agak terkenal iaitu Awal Ashaari. Lokasi yang akan disinggahi oleh Awal dan peserta-peserta adalah, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Melaka, & Seremban. Untuk pusingan akhir pula, hanya 2 peserta akan terpilih dan mengikuti Awal untuk ke Turki. Huyooo best tu. Peserta-peserta akan membuat video di Turki. Lupa aku nak bagitau, peserta akan membuat short story menggunakan Sony Handycam dan juga Sony Vaio dengan menggunakan perisian Sony Vegas Pro.

Peserta-peserta dan kawan-kawan aku juga ni.



Untuk pengakhiran, korang kena tengok rancangan ni sebab banyak bakat-bakat muda yang sangat talented dalam dunia perfileman. Aku pun masuk rancangan ni tapi setakat Top 25 je, lepas tu tersingkir sebab tak cukup hensem. Walaupun aku agak kecewa tapi apa boleh buat ada lagi yang hebat daripada aku untuk buat short story. Disini aku sertakan video yang aku buat untuk pertandingan ni satu masa dahulu.AHAHAHHA. Support la industri filem tempatan. Cheers...

 Tajuk: Fobia Cinta  (must watch video)








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...