Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, September 29, 2010

DSLR MELETUP!!!!

Okey semua blogger terutama yang minat dan still mencari DSLR. Aku akan review DSLR terbaru daripada Canon iaitu Canon 60D. Kamera ini dilengkapi pelbagai fungsi yang canggih yang menepati citarasa dan keperluan pengguna DSLR zaman sekarang.

Canon 60D




Canon 60D
Okey ini adalah kamera terbaru keluaran Canon dan dijangkakan ada dipasaran pada awal atau pertengahan Oktober. Kamera ini dikatakan versi upgrade daripada 550D dan 50D. Bagi yang pernah mengetahui mengenai Canon 50D, body kamera diperbuat daripada magnesium alloy manakala kamera Canon 60D diperbuat daripada polycarbonate resin with glass fibre on aluminum chassis.Senang cerita body kamera ini diperbuat daripada plastik. Detail mengenai kamera ini adalah seperti dibawah:
  • 18MP APS-C CMOS sensor
  • ISO 100-3200 (expandable to 12,800)
  • 5.3 fps continuous shooting
  • 1080p HD video recording with manual controls
  • SD / SDHC / SDXC storage
  • In-camera raw development
  • Subject modes with 'Ambience Selection' (Standard, Vivid, Soft, Warm, Intense, Cool, Brighter, Darker and Monochrome)
  • In-camera Creative Filters (special effects)
  • Fully articulated 3.0" screen (3:2)
Harga yang dijangkakan bagi kamera Canon 60D ini adalah sekitar RM3300-3800.Harga yang diberikan Canon Malaysia baru-baru ni adalah RM3338. Untuk yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia DSLR, aku rasa kamera ini dah cukup lengkap untuk korang pakai dan tidak perlu upgrade lagi sebab pixel tinggi 18MP, frame per second (fps) boley tahan 5.3fps,mempunyai video berkualiti HD 1080p, button untuk menukar function yang mudah dan friendly user, dan macam-macam fungsi menarik lagi la. Apa yang lebih menarik lagi ialah kamera ini dilengkapi dengan skrin boleh putar bersaiz 3.0" lebih kurang kamera Nikon D5000.Bagi aku yang pernah memiliki kamera Canon 1000D dan 40D, aku rasa kamera ini adalah diperingkat high-end entry level(lebih kurang D90).Kamera ni bagi aku sesuai untuk semua keadaan daripada terang sehingga ke keadaan yang gelap sebab ISO dia boleh ditukar daripada 100-3200 (extandable to 12,800). Memang mantap la kamera ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut review tentang kamera ni, korang boleh la pergi ke dpreview atau ke website canon sendiri. Bagi aku peminat kamera, walaupun agak menghampakan bagi aku, tapi bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak atau yang nak upgrade dari entry level DSLR(1000D-550D) tu memang sangat sesuai.  So apa lagi cukup je bulan sepuluh korang check out dekat kedai pasal kamera ni.

Pandangan Keseluruhan

Pandangan Belakang

Pandangan Atas




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...