Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, September 28, 2010

KO INGAT JADI LELAKI SENANG!!

Hellow semua, tajuk hangat aku untuk hari ni "KO INGAT JADI LELAKI SENANG". Kenapa aku buat tajuk ni?? mesti korang nak tau kan. Disebalik kegagahan, kemachoan dan kehemseman seorang lelaki korang tau tak apa yang diorang pakai untuk jadi macam tu. Post ni aku khas tujukan kepada perempuan-perempuan yang anggap lelaki ni selekeh.


Lelaki macam aku ni walaupun kadang-kadang selekeh tapi aku tetap mengekalkan pemakaianproduk-produk kecantikan seperti face wash, lotion, day & night cream, toner scrub dan mask. Kalau korang tak percaya cuba tengok kat bawah ni.






Ni adalah beberapa produk kecantikan yang aku pakai. Aku bukan pondan atau mak nyah tapi ini adalah realiti lelaki zaman sekarang. Kami sebagai lelaki ingin menyaingi perempuan dalam kecantikan. Kalau korang tengok ada 2 produk utama iaitu loreal & garnier. Aku suka pakai face wash loreal sebab effect kat muka aku lepas pakai akan terus menjadi. Blackhead makin kurang, kulit akan rasa segar dan tidak berminyak-minyak. Korang mesti pelik kenapa aku pakai yang perempuan punya tak pakai yang lelaki punya produk. Sebab aku rasa effect kalau pakai yang lelaki punya produk, effect dia tidak terlalu ketara dan harga pulak mahal gila. Baik beli yang perempuan punya, murah dan hasil dia boleh menawan.


Okey ni aku ada tips untuk lelaki yang nak pakai produk-produk ni untuk kelihatan lebih hensem dari aku. Korang boleh start dengan beli face wash dan pakai setiap kali korang mandi kalau boleh sekali pagi (untuk hilangkan kotoran mase korang tidur), sekali petang/malam(masa korang mandi malam untuk menghilangkan segala kotoran yang hinggap dimuka korang sepanjang hari, dan sebelum korang tidur bagi memastikan muka korang sentiasa dalam keadaan bersih. Selain tu kalau korang nak advance sikit, korang boleh menggunakan toner untuk menghilangkan kotoran yang masih terdapat kat muka korang lepas korang basuh muka. Day & night cream pula adalah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka korang dan juga memastikan kulit korang licin selicin kalbu. hahaha...


Penghujungnya, aku rasa cukup sampai disini review dan tips untuk pemakaian produk kecantikan untuk lelaki. Perempuan yang masih belum menggunakan apa-apa produk tu, boleh la ikut tips aku yang x seberapa indah ni. Jom jadi lagi hensem. hahahahha...




3 comments:

~ i K i N ~ said...

errrr... aku speechless.
kalah aku weh.
no wonder muke ko licin dr muke aku.
sekian.

=.="

Aku Hakimy said...

hahaha... sbb tu aku baby face... ko pakai la camni baru ilang skit muka mak mak... hahahaha

Zaiedan said...

baca tips kecantikan kat sini :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...