Salam pembaca sekalian. Aku ada terbaca di salah satu akhbar arus perdana tentang Adun bergaduh kerana perkataan Monyet. Adun tu yang bergaduh. Kadang-kadang aku lihat politik di Malaysia ni macam tadika pun ada. Boleh pula seseorang bergelar YB mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Cuba jadi contoh terbaik untuk rakyat di Malaysia ni. Tapi kadang-kadang geli hati juga aku tengok diorang ni bertekak. Ni aku sertakan petikan daripada akhbar tu.
GEORGETOWN: Perkataan "monyet" hangat diperbahaskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini bila R S N Rayer (DAP-Seri Delima) menuduh mereka yang membuat demonstrasi depan bangunan DUN Selasa lalu menyerupai perangai haiwan berkenaan.
"Demonstrasi yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Norman Zahalan itu mengancam pelancongan negeri. Tindak tanduk penyokong tersebut, serupa monyet yang mengoncang pintu pagar seolah-olah nak runtuhkan pagar berkenaan," katanya.
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) bingkas bangun dan minta Rayer mengemukakan video bagi membuktikan bahawa penyokong demonstrasi itu diketuai oleh UMNO dan bertindak seperti monyet.
Rayer menegaskan: "Kalau perbuatan menggoncang pagar itu bukan perbuatan seekor monyet, itu perbuatan siapa? Kera kah atau beruk?".
Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) cuba membantah dengan meminta dewan untuk melarang penggunaan perkataan monyet itu dalam DUN.
Tan Beng Huat (DAP-Jawi) mencelah bertanya mengapa perkataan monyet boleh digunakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
"Saya pernah terbaca sebuah artikel oleh Sharizat yang menyebut negeri-negeri yang diperintah pembangkang itu seperti cinta monyet, mengapa kita tidak boleh menggunakannya dalam dewan?," katanya.
Hayooo, Hallo YB apa la lu orang ni, mau gaduh guna monyet la kera la beruk la. Cuba guna perkataan ilmiah sedikit macam Macaca fascicularis. Ni nama saintifik untuk monyet, guna perkataan ni for sure tak gaduh macam budak-budak dah. Sekian dari aku, salam, Cheers.
No comments:
Post a Comment