Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, November 8, 2010

APABILA MALIQUE BERKATA-KATA!!!

Salam pembaca sekalian, post kali ni adalah berkenaan seorang rapper Melayu terkenal di Malaysia iaitu Malique. Siapa tak kenal Malique??? Ala Malique Too Phat tu. Takpun Malique yang rap lagu Mantera Beradu & Senyum. For sure korang kenalkan.

Ihsan daripada Berita Harian


Okey apa yang aku nak kisahkan dekat sini adalah hasil pembacaan aku di akhbar Berita Harian ruangan B Pop baru-baru ni. Temubual diantara wartawan B Pop dan Malique. Temubual ni aku boleh katakan sangat menarik kerana penggunaan ayat daripada Malique yang penuh dengan bunga-bunga tapi sangat jelas. Tak percaya?? meh tengok antara temubual yang aku ambil daripada Berita Harian.

B*POP: Malique dikatakan sukar dihubungi media tempatan, boleh Malique jelaskan? Adakah Malique kurang selesa dengan wartawan tempatan (Malaysia)?

Saya tak mengklasifikasikan jenis orang, wartawan atau manusia lain, jika saya ditanya soalan dengan ikhlas, hormat dan bukan modal untuk orang lain berbual negatif, yang sama saya pulangkan.

B*POP: Apabila Malique tidak mahu ditemui atau ditemubual wartawan, macam-macam cerita dan persepsi negatif timbul mengenai diri Malique. Apabila cerita timbul, bagaimana Malique hendak jelaskan?

Saya diam. Orang putih kata, `lies sprint, truth prevails’. Saya tahu saya orang baik. Dan mereka tahu pada kemudian hari, seseorang pemuzik dan orang seni dinilai dengan lagunya bukan dagu! Mereka cakap saya salah. Saya cakap mereka salah. Siapa yang salah? Siapa yang mahu beralah? Biar saya...

B*POP: Lagu Cerita Kedai Kopi diterima peminat muzik. Liriknya ringkas. Bagaimana Malique boleh dapat idea hasilkan lagu Cerita Kedai Kopi? Adakah itu satu kritikan atau sindiran Malique terhadap segelintir rakan artis kita?

Teman lama saya, Salam yang pulang bercuti belajar di Amsterdam datang melawat saya di rumah. Sambil minum kopi `o’ dan menonton program TV tempatan, kami berdua ketawa membincangkan hal industri tempatan selama dua jam. Lagu Cerita Kedai Kopi adalah kesimpulan perbualan kami pada hari itu.  

Bila aku baca perbualan malique dan wartawan tu aku dapat bayangkan yang Malique sedang berpantun dan rap Melayu dengan wartawan tu. Aku sangat suka hasil-hasil kerja Malique dari dulu sampai sekaran sebab bagi aku dia sangat memartabatkan Bahasa Melayu dan menghasilkan lagu seperti pantun Melayu. Aku rasa apa yang aku nak sampaikan sudah jelas kelihatan, so aku mohon diri untuk menyendiri.(ada gaya macam Malique tak ayat aku). Salam, Cheers.




2 comments:

honeybeeanjell said...

No wonder la i suka malique ni and i'm glad he's married to melissa. :D

Faizal Mohd said...

2010.??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...