Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, October 27, 2010

PROTON BARU LAGI???? SAGA FACELIFT!!!!

Salam readers semua yang aku amat sayangi. Hari ni aku dapat maklumat mengenai gambar Proton Saga Facelift yang terbaru. Memang terdapat sedikit perubahan pada Proton Saga ni. jom sama-sama kita lihat dan aku akan terangkan apa perubahan baru pada kereta ni.

Aku start dari belakang dulu.Apa yang aku nampak dan korang boleh lihat sendiri adalah dibahagian bumper bawah telah diletakkan refelctor merah. Reflector merah ni satu peningkatan yang bagus sebab boleh membuat pengguna jalan raya aware jika kereta ini berhenti dibahu jalan.

Dibahagian bonet belakang ni, kita boleh lihat penambahan sayap atau wing belakang yang kecil. Bagi aku wing ini menambahkan elegant looks pada kereta Proton Saga ni.


Aku beralih pula ke bahagian tepi kereta ni. Perubahan yang mungkin adalah pada signal tepi dan juga bahagian bawah yang telah diberi penstrukturan semula. Kalau korang dapat perhatikan pada side miror, aku rasa side miror ni akan jadi seperti side miror kereta-kereta baru sekarang iaitu side miror yang mempunyai signal.

  
Okey seterusnya bahagian depan dimana perubahan biasa berlaku. Kalau kita tengok logo diletakkan di tengah-tengah sama seperti design Exora dan Persona. Benda biasa yang Proton lakukan kepada kereta meraka dan kali ini kepada Saga.Dibahagian bawah plate kalau korang perasan, grill telah diubah suai kepada jenis grill dan bukan honey comb macam Saga terdahulu.

Ni aku cropkan dah perbesarkan sedikit untuk korang nampak dengan lebih jelas. Bahagian depan ni aku rasa tidak banyak perubahan cuma semua yang diatas tu. Kalau ada penambahan pun, dilakukan pada lampu depan yang design lebih kurang Persona. Kita tunggu dan lihat bila new Saga facelift ni akan keluar. Sekian dari aku, Salam. Cheers.


4 comments:

Azirah said...

blm dpt di gmbarkn..huhuhu

Anna Boleyn said...

lorh dr belakang nampak macam MPV. bila tengok depan macam menggelabah je design dia. huhu

beloghakimy said...

hahahha... proton nak senang.. diorang main tampal2 jek komponen proton yang dah ada kat kereta ni... hhehehehe

faiz said...

ni prototype ke ape?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...