Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Sunday, October 24, 2010

HAKIMY WARDROBE PART 3!!!!

Salam readers, bertemu kembali di Hakimy Wardrobe. Okey kali ni aku letak sekali baju dan seluar yang aku selalu pakai. Baju daripada TOPMAN dan seluar daripada QUIKSILVER. Sebab apa aku suka pakai, jom tengok gambar-gambar ni.

SHIRTS FROM TOPMAN

Baju menarik dan berjaya menampakkan aku kurus kerana garisan-garisan kebawah. Warna ungu dan warna ni bukan aku pilih, ada orang lain pilihkan.

Tag TOPMAN memang standard macam ni. Yang menariknya sebab dia tulis UK, EUR, US dah macam aku beli dekat sana je.

Shoulder clamp kali ni aku minat sebab ada line melintang dimana shoulder clamp berada dibawah garisan melintang.
Overall aku bagi: 3/5 bintang untuk baju ni.

JEANS FROM QUIKSILVER

Tag Quiksilver seperti biasa memang cun dengan logo dia yang menarik.

Jeans button memang penuh dengan tulisan Quiksilver yang emboss atau timbul. Details yang aku suka.

Button berlainan. Button ni terletak diantara poket seluar. Design dia memang ranggi la dangan tulisan dan loga serta bintik-bintik.

Yang ni button jeans yang biasa untuk butangkan jeans anda. Gradien warna pada button ni menimbulkan mood sea surfer dalam diri pemakainya.

Redtag ni lain sikit sebab bukan sahaja mempunyai logo tetapi dijahit pada jeans dengan menggunakan benang berwarna merah. Ini menampakkan contra antara redtag dan juga jeans.

Ni satu lagi button yang aku jumpa di bahagian dalam jeans. Button ni adala kesinambungan daripada button pada poket seluar. Walaupun benda sekecil ni, Quiksilver menekankan juga aspek design dan detail untuk menambahkan mood kepada jeans ni.

Bahagian depan jeans dengan logo di bahagian poket. Kalau kira-kira, jeans ni memang penuh dengan logo Quiksilver tetapi tidak nampak serabut.Selain tu jahitan pada jeans ni sungguh kemas tidak ada satu pun yang lari atau tersilap. QC Quiksilver memang mantop.
Overall aku bagi: 4.5/5 bintang untuk seluar ni.

Kalau korang perasan, semua pakaian aku, aku suka simple design tapi details yang banyak macam seluar aku tu. hehehehe. So apa komen korang tentang aku. Sila-silakan la komen k. hehehe. Cheers.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...