Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Sunday, October 24, 2010

PENAT SHOPPING!!!!

Salam readers semua, aku just balik daripada Pavilion. Memang macam-macam barang yang aku minat. Dekat Quiksilver ada satu, Topman, Cotton On, Fossil, banyak lagi la.

Tapi aku tak beli satu pun, aku just shopping menggunakan mata aku. hehehehe. Aku suka barang-barang tu tapi aku malas nak beli. Sebab apa, ni aku nak bagi tips kat korang sikit macam mana nak pilih barang dan masa sesuai untuk shopping.


Tips shopping:
1. Survey harga dan barangan sebelum membeli. (biasa dah orang buat)

2. Jangan shopping masa gaji baru dapat. (nanti habis semua gaji)

3. Shopping hanya pada masa SALE. (baru jadi orang kaya boleh shopping barangan branded harga murah)

4. Kalau nak beli barangan branded, pastikan beli di butik yang sah. (tidak digalakkan beli barangan di butik yang bercampur-campur brand)

5. Kalau boleh kalau nak shopping list kan barangan dan jangan bawa kawan. (kalau tak list takut beli terlebih, kalau bawa kawan takut kena racun dah terlebih beli jugak).

6. Cek/periksa dulu barangan yang hendak dibeli. (takut ada rosak kalau boleh mintak yang dalam stok bukan display item).

7. Hanya pergi kedai yang anda rasa mampu. (jangan menggatal kalau tak mampu, nak beli beg pergi butik Coach, LV dan Prada).

8. Sediakan budget secukupnya hanya untuk barangan yang ingin anda beli dan duit makan serta parking kereta. (takyah bawa duit lebih banyak nanti habis pun banyak).

9. Kalau nak beli barangan murah/cetak rompak, pastikan kualiti tiptop dan tidak nampak sangat tiruan. (yang ni baru orang cakap barang ko semua ori).

Aku rasa tu sahaja tips yang aku dapat berikan. Tak banyak tapi agak berguna juga sebab semua tu berdasarkan pengalaman aku la. Next post aku akan upload gambar-gambar barangan yang aku shopping masa SALE hari raya dulu. Cheers.


2 comments:

atie rahaman said...

wah same! pg pavi balek tgn kosong, haha XD

beloghakimy said...

hahaha... tu la duit takda.. gaji tak masuk lagi.. hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...