Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts
Showing posts with label khairul fahmi. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

KHAIRUL FAHMI & ELIA JEJARI RUNCING FINAL DESTINATION

Bak balik cincin tu. Nak bagi kat Dahlia Teck plak.
Okey final part hari ni memaparkan penamat kepada semua spekulasi yang melanda. Kenyataan telah dibuat oleh Khairul Fahmi bahawa dia akan memulangkan cincin pertunangannya melalui keluarga angkatnya yang menetap di Kuala Lumpur. 

So that's the end of the story. Hope lepas ni kedua-dua belah pihak tidak mengeluarkan lagi kenyataan yang berbaur penghinaan dan juga memalukan. Bukan apa, bila dah clash ni paham-paham la. Bila ada pihak yang tak puas hati mula lah muncul benda yang tak patut. Diharap jejari runcing menerima perkara ni dengan seadanya. Kalau dah tak ada jodoh apa boleh buat. Apa Pun Tak Boleh dah. Jangan lagi cuba untuk memalukan Gol Keeper terhebat Malaya ini.

Lepas ni tidak ada lagi aku rasa post mengenai Jejari Runcing ni sebab zaman popular anda sudah tamat SEKARANG. Bagi Khairul Fahmi teruskan berlatih dan fokus semasa mewakili negara dalam apa-apa perlawanan sekali pun. Apa yang akan jadi kepada Jejari Runcing lepas ni?? Adakah jari semakin runcing atau tumpul ditelan zaman. Sekian, salam, Cheers.

sumber: oh bulan

10 JAWAPAN KHAIRUL FAHMI TERHADAP TUDUHAN JEJARI RUNCING

1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

sumber: beautiful nara & Murai.com

Monday, August 1, 2011

KHAIRUL FAHMI & ELIA JEJARI RUNCING APA SUDAH JADI PART 3??

Manusia ni memang macam ni tak kisah la artis ke manusia biasa ke semua sama. Dulu bila tengah sayang sayang dia punya sanjung bukan main lagi. Bila dah tak sayang dia punya benci keji semua keluar. Pelik aku dengan Jejari Runcing ni. Dia ingat Khairul Fahmi ni artis ke sikit-sikit nak masuk Harian Metro. Pelik sungguh still tak berubah dari dulu nak cari publisiti je kerjanya.

Aku jadi rajin lepas baca entri terbaru Jejari Runcing yang tetap nak heboh satu Malaysia yang Khairul Fahmi curang. Ye la, guna la otak sikit. Umur baru 21 tahun dah nak ajak orang tu kawin la bertunang lah. Orang tu BBNU lagi. Jangan la gelabah sangat okey. Kat bawah ni aku sertakan print screen dari belog Jejari Runcing  ketika sedang bahagia tak ingat dibuai Apek satu ketika dahulu. Benda ni jadikan pengajaran. Buang yang keruh ambil yang jernih.

DULU cakap la tak lupakan kulit. Sekarang cakap lain plak. Ko yang tak reti jaga KF, kan dah kene tinggal.
Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.
Merujuk perkara diatas, makcik bersabar je la ye. Anak mak cik ni yang gelabah nak sangat kat Khairul Fahmi. Bila dah rasa goyang kecoh-kecoh. Baik ke kita kecoh-kecoh ni??  
p/s: sedangkan Nora Danish nak Khairul Fahmi. Kalau Khairul Fahmi buta je pilih orang yang tak secantik Nora Danish. KF, jangan layan publisiti murahan ni semua. Baik fokus main bola tu.

p/s: print screen yang bawah ni aku jumpa kat forum. Tak tau la betul ke tak tapi korang bace je la. ni link forum tu : http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=589123&extra=page%3D1&page=34

KHAIRUL FAHMI & ELIA JEJARI RUNCING APA SUDAH JADI PART 2??

DULU (credit to jejariruncing)

KINI mula ada yang berkerut dahi. (credit to Harian Metro)

Salam, Dah lama sungguh tak memegang keyboard menggunakan jejari mari ku yang runcing ni untuk taip blog. Dah bersawang-sawang dah belog aku ni. Aku tulis entri hari ni atas permintaan rakan-rakan seperjuangan aku. Kisah 2 merpati sejoli yang dulu bagai balangkas kini sudah belangsuka. Bukan sudah tiada tapi sudah putus. Putus apa, korang pun tau la kan. 


Dari entri aku dulu lagi aku sangat backup Si Khairul Fahmi Che Mat aka Apek bukan sebab dia hensem seperti kata Hanis Zalikha dan Nora Danish tetapi sebab prestasi cemerlang dalam bola sepak. Bila benda putus memutus ni berlaku, sebelah pihak yang mempunyai jejari mari runcing mula mengutuk Apek kesayanganya satu ketika dahulu. 


Benda ni tak patut berlaku. Sebab kalau dah tak ada jodoh, kenapa perlu memalukan mana-mana pihak termasuk diri sendiri. Why not lay low dan biarkan benda yang berlaku berlalu. Ni sampai nak tulis status dekat FB yang bukan-bukan mengaibkan Apek kesayangannya satu ketika dahulu. Status pun sekarang dah tak ada "Biiii u dah makan, BBBBBB u dah main bola, Biiii u mintak putus ke." Status kini penuh dengan kata-kata nista dan kutukan. Memang manusia tak ada yang sempurna, tapi semua berlaku ada sebabnya. 

Eh hilang BBBBB.. dah tukar jadi Kau Aku sekarang ni.



Yang paling menyayat hati, kalau dulu penuh satu blog dengan keratan-keratan akhbar bersama Apek tersayang. Aku ada gak terpikir adakah keratan akhbar Harian Metro bertarikh 31 July 2011 akan turut dimuatkan di dalam blognya?? tu terpulang dengan tuan punya badan.


Apa pun aku boleh cakap, bagi kedua-duanya kita merancang tuhan yang menentukan. Lepas ni tak perlu terlalu show off sebab kalau benda buruk berlaku bukan diri sendiri je tapi ahli keluarga pun akan malu. By the way, to Khairul Fahmi diharapkan jangan merudum prestasi sebagai gol keeper Malaysia. Sebab ko sorang je yang boleh diharap buat masa ni dan aku tengok yang lain hancus bila jadi gol keeper. Tolak ketepi isu peribadi. Pasal Dahlia tu kalau adik angkat buat cara adik angkat jangan sampai terangkat sudah. Budak tu masih BBNU jangan macam-macam sudah. Sekian coretan dari aku, Salam, Cheers.


p/s: to jejari mari ku meruncing. Salah dan silap aku mintak maaf. Kita ni duduk berjiran. Dekat je dengan rumah aku kat Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa, Kem Kementah. Raya nanti datang la rumah ye. :)


p/s:untuk yang tak tau cerita pasal peperangan aku dengan jejari mari ku meruncing ni, sila ke link di bawah:
http://beloghakimy.blogspot.com/2010/12/khairul-fahmi-dt-awek-dia-yang-sangat.html

Friday, December 31, 2010

KHAIRUL FAHMI DT: AWEK DIA YANG SANGAT PARANOID


Balik-balik pasal bolakan. Sorry guys out there sebab aku tak abis demam bola lagi.Mesti korang pelikkan napa tajuk entri aku ada DT. DT means Double Trouble. Selain belog aku akan ada satu lagi belog sahabat aku akan tulis pasal benda ni jugak. Korang tunggu. Ok, Hari tu aku dah banyak cerita pasal gol keeper Malaysia ni Khairul Fahmi tapi hari ni aku nak cerita mengenai women behind his carrier. Oh My God. Ramai yang ada boipren tapi tak la sampai macam this one gurlz. Kalau korang nak tau pasal this gurlz check it out here http://jejariruncing.blogspot.com/ .Tajuk belog dia adalah Pendek & Manis (Short & Sweet)  Mentang-mentang la boifren dia dah popular sekarang abis satu-satu cerita tentang boifren dia dia keluarkan dalam belog.

Aku akan senaraikan beberapa benda tak patut yang dia cerita pasal boifren dia. Aku bukan dengki sebab muka aku ni langsung tak iras-iras si Khairul Fahmi tapi aku tak boleh terima tengok cara dia menulis tentang Khairul Fahmi ni. MOTIFF???

First sekali, tak kisah la nak cerita pasal macam mana ko jumpa dia semua. Tapi tak perlu kot letak gambar-gambar first time dating or gambar first time Khairul Fahmi hantar dekat ko. Nak share boleh tapi keep la something for your own. Aku tak tau apa sebab dia dedahkan semuanya, tapi aku dapat rasa yang dia takut Khairul Fahmi ni kena kebas dengan perempuan lain. Come On la, kalau dia sayang ko tak kan la dia nak cari orang lain dan tak perlulah ko nak tulis pasal Mr Apex kesayangan ko tu banyak-banyak. Bukan apa, nanti kalau terlalu menonjol, ramai akan mula mensensasikan cerita pasal korang. Macam aku ni. hehehehehe.
Dari cerita baik sampai la cerita buruk. Tak takut ke????

Seterusnya, video-video semasa korang gi karoke tu perlu ke nak share dekat semua orang. Yes i know you love him so much, tapi beragak la. Takkan video ko tengah bergelek dengan dia pun nak bagi orang tengok. Tak malu ke or nak cari publisiti lebih untuk diri sendiri???? Aku tengok si mamat Khairul Fahmi ni cool je. Tapi bila tengok sebelah dia ada minah duk gelek-gelek nyanyi lagu Memori Daun Pisang aku rasa menyampah. Aku just nak bagi tau, benda yang agak kureng tak perlulah dimasukkan, takut-takut dimanipulasi pihak-pihak tertentu tak ke teruk nanti ko kena. Jangan sampai nanti keluar video Ehem-ehem pulak sudah. Tak pasal-pasal jadi macam Nabil Raja Lawak tu.


"B kat sini tak best dekat sana lagi best. B tak rindu i ke??? B ini B itu BBBBBB." Tu dia antara petikan sms Khairul Fahmi yang aku perolehi daripada wikileaks. Gelak guling-guling aku baca sms diorang ni. sampaikan sms antara KF dengan dia pun dia letak dekat belog dia. Minachi, simpan la privacy korang. Nak share sikit-sikit tu boleh ni sampai sms BBBBB pun nak tulis kat belog ni dah parah dah ni. Naik bulu roma aku baca. Tu la sapa suruh baca kan dah geli geleman. hahahahaha. Memang tak beragak betul la. Yes aku tau korang bakal bertunang tak lama lagi. Tapi bak kata orang sedangkan yang dah kahwin boleh dirampas inikan pula yang belum bertunang pun. Jangan jadi macam kes Mawi sudah. Bukan main mencapap tunang Mawi dulu last-last putus tunang abis jatuh Mawi. The same goes to KF. Aku takut bakat dia ni nanti akan tenggelam dengan kontrovesi yang melanda diri dia sama seperti Aidil Zaquan. Jadi pikir-pikir la sendiri.

Tak bestkan asyik baca je. Korang nak tengok tak anak KF dengan minah ni???? Nak tengok jom scrool kebawah.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
JENG JENG JENG!!!!


Tu dia siap dah try test nak anak rupa macam mana. Aiseyman. Tak tau nak cakap apalah. Korang pandai-pandai la pikir ok. Bukan apa, kalau dah sampai tahap ni dah kira level merbahaya tahap dewa. Kalau dibuatkan putus cinta (KALAULAH, moga jodoh berpanjangan buat mereka ni) mesti frust menongeng la gf si KF ni. Mesti menongeng macam KF masa tangkap bola sepakan penalti Firman (Kapten Timnas Indon). Belum apa-apa dah 2 orang terkenal nak si KF ni iaitu Nora Danish & juga Hanis Zalikha. Pergh berbulu abis la GF KF ni. hehehehe.

Pesanan aku buat semua termasuk girlfriend KF, jangan terlalu expose. Memang seronok bila ramai orang kenal dan jadi popular. Tapi seronok tu hanya seketika je. Bila dah start isu dipermainkan oleh pihak media termasuk gosip sana gosip sini, susah nanti. Tulis pasal KF slow sikit. Makin awak dedahkan pasal KF, makin ramai yang akan menyukai KF ni dan cuba untuk mendampingi dia serta mencari kesalah korang. Aku just bagi pendapat, Bukan bermaksud nak memalukan sesiapa tapi just takut if bad thing happen to both of you because tersilap langkah. Kepada pembaca belog aku, sorry sebab terlalu harsh atau kasar dalam penulisan aku tentang GF KF ni. Bukan sengaja nak tulis, just nak remind je. hehehehe. Sekadar hidangan di dunia cyber untuk korang. Eh ada lagi satu aku nak bagi dekat korang. Minah ni pun ada compare muka si KF dengan sorang aktor ni. jom tengok.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
My Boss My Hero

Lebih kurang. Sangat seiras muka diorang ni. Patut la sayang sangat minah ni dekat si KF. He's your hero. Memang betul tak dapat dinafikan. hehehehehehe. 

Sebelum aku mengakhiri penulisan aku ni, aku just nak doakan kebahagian GF KF dengan KF. Hopefully nanti dapat la tengok lintas langsung perkahwinan korang dekat TV. hehehehe. Good Luck to KF dan jangan lepas ni tak perform pulak main bola. Teruskan usaha anda, anda berbakat dan jangan biarkan hidup anda dibelenggu perkara yang tidak berfaedah. hehehehe. Apa punya kata-kata perangsang da aku bagi. For girls out there, jangan berangan nak memiliki KF sebab KF dah not available. FULLSTOP. Sebelum aku terus merepek baik aku tamatkan disini. Sekian, Salam, Cheers.

Untuk berita yang lebih hot sila layari: http://akuserabut.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...