Nailis Place Front Door |
Salam dan selamat pagi semua. Maybe ramai yang dah tau tempat makan yang agak happening di KL ni iaitu Nailis Place. Malam tadi mak cik aku blanja aku makan dekat Nailis Place Sentul. First time aku pegi tempat tu memang sangat jakun la. hahaha. Masuk-masuk ja konsep ala-ala kampung ditambah dengan kemodenan ditonjolkan. Tempat ni memang sangat sesuai untuk adakan birthday party dan seangkatan dengannya. Walaupun dah pukul 11, masih ramai lagi orang datang ke Nailis Place. Konsep serta environment dia aku bagi 8/10 bintang. Tapi ada satu yang kurang memuaskan iaitu makanan dia. Makanan dia rasa kurang ummmm. Presentation diatas pinggan memang manerik tetapi rasa dia kurang ummm. Bagi aku yang remaja ni, aku akan pergi semula ke Nailis ni duduk lepak-lepak sambil hisap shisha , minum float root beer dan juga makan cucur ikan bilis dia. Sebab 3 benda tu ja yang aku rasa best kat sini. Apa-apapun aku selitkan gambar-gambar dan korang boleh la cari tempat ni. Kalau nak buat candle light dinner tu aku rasa sangat sesuai. Sekian Jom tengok gambar.
Satu lagi pintu masuk Nailis. |
Kaunter bayaran Nailis. |
Tempat DJ dan dance floor. |
Sorry sebab gambar tak brapa clear. Nanti aku pergi sana sekali lagi insyallah aku akan bawak kamera gedabak aku untuk ambil gambar. Tempat ni rating untuk stylo + happening aku boleh bagi 4.5/5 bintang dan dari segi makanan aku just boleh bagi 2.5/5 bintang. Sekian Cheers.
No comments:
Post a Comment