Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, December 8, 2010

AKU TAK BODOH!!!!

Memang la aku tak bodoh, kalau aku ni bodoh mesti la aku tak tulis ini belog. Saja ja aku nak bersandiwara. Bukan apa sekarang ni bulan 12, so memang banyak la filem-filem best yang keluar di pasaran Malaysia ni samaada di wayang ataupun di toko-toko cetak rompak.

Tu pendahuluan ja. Mesti ada yang dah tertarikan. Okey sepanjang cuti ni, selain daripada mengambil gambar client-client aku, aku meluangkan banyak juga masa untuk menonton filem baru keluar dekat panggung wayang terutamanya di TGV Wangsa Walk. Antaranya adalah filem Aku Tak Bodoh. Filem ni memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan lebih afdal jika ditonton satu family.

Filem ni mengisahkan 2 buah keluarga yang berlainan iaitu keluarga kaya dan keluarga miskin. Cerita ini memainkan unsur kekeluargaan 100% dan itu yang sangat menarik. Tiada langsung unsur-unsur cinta monyet seperti filem-filem melayu yang lain. Filem ini berkisar tentang kehidupan sebenar sesebuah keluarga zaman sekarang. Kadang-kadang aku rasa macam tengok cerita sendiri pun ada sebab apa yang berlaku dalam Aku Tak Bodoh kebanyakannya berlaku dalam kehidupan aku.

Sebelum aku mengarut panjang, ni sedikit info yang aku jumpa dibantu oleh encik Google.


Sinopsis Aku Tak Bodoh:- 
Berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Seperti remaja yang lain, Roy cuba memahami kata neneknya yang menegaskan bahawa adat orang melayu menuntut orang muda menghormati orang yang lebih tua dan tidak boleh melawan kata walau apa jua keadaannya. Ibubapa Roy terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk Roy dan adiknya di rumah.


Bapanya seorang pencipta program komputer percaya kritikan bapanya dahulu terhadap dirinya menjadikan dirinya seorang yang berjaya dan dia yakin tradisi ini perlu diteruskan dalam membesarkan Roy dan adiknya.Ibu Roy pula bekerja sebagai pengarang majalah senior. Mereka berusaha mengumpulkan kemewahan untuk keluarga mereka kerana menganggap itu yang paling penting dalam peranan sebagai ibubapa. Mereka juga tidak percaya pujian pada anak-anak adalah sesuatu perkara yang baik. Adik Roy juga mengalami situasi yang kritikal.

Disebabkan pemikiran komiknya, dia menyangka dirinya telah membuatkan kawan kelasnya mengandung dan cuba bertanyakan ibubapanya dari mana datangnya seorang bayi itu. Akibat kurang mendapat perhatian dari ibubapanya, Roy mula terjebak dengan kumpulan budak nakal. Dirinya semakin bertambah tertekan apabila cikgu sekolahnya selalu menyindir dirinya. Roy mula hanyut dengan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan rasa dirinya dihargai dalam kumpulan tersebut.

Akhirnya ibubapa Roy menyedari kesilapan didikan mereka yang menyebabkan anak-anak mereka mula bersikap pasif. Mereka berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.

Tajuk Filem:
Aku Tak Bodoh

Pengarah:
Borris Boo

Penerbit:
Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
02 Disember 2010

Okey, dah puas baca sinopsiskan, masih belum terlambat untuk korang semua serang pawagam yang berhampiran tempat korang. Cerita ni memang tak rugi untuk ditonton. Dari 5 bintang aku bagi 3.5/5 bintang. Sekian, Cheers.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...