Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, October 21, 2011

MAK BAPAK DONT PLAY-PLAY !!!

Aku ingat lagi masa sekolah, kalau cakap je nama bapak atau mak mesti gaduh. Contoh bapak aku nama Johan. Pastu ada budak cakap, ko ni Johan lumba lari haritu kan. Gerenti boleh buat gaduh punya. Betul tak? Balik mengadu kat bapak. Pastu bapak kita pun buat tak dengar je. 

Tu zaman sekolah, aku ingat dah abis sekolah ni dah tak da la camtu. Korang tau la mulut aku ni puaka sikit. Nak dibuatkan halnya, adalah seorang budak lepasan SPM ni. Aku pun tak paham kenapa dia perlu naik angin dengan statement aku di FaceBook yang aku rasa tak da la menghina atau mencerca mak dia pun. Ayat aku macam ni:

"Tak pe bro, dia tengah tunggu belanjawan mak dia bagi. hehehe"

Sebab ayat tu dia keluar la statement yang pelbagai jenis seperti dibawah:

"Apa main mak-mak ni, aku tau berdikari tak guna duit mak dan blablablabla........"

Mula-mula aku rasa bersalah tapi bila pikir dua kali nak tergelak. Sebab teringat lagi zaman sekolah. Boleh gaduh sampai baling-baling kerusi la kalau kaitkan mak bapak dalam percakapan seharian. Bukan apa, budak lepasan SPM ni sehari sebelumnya ada bagitau aku dia tengah tunggu duit mak dia bagi nak buat beli barang. So aku keluarkan je balik statement dia. Salah kah aku??

Takpa tu satu cerita yang agak dumbass. Ni ada satu lagi cerita pasal member aku kutuk aku depan-depan dan aku cool je. Kalau ikutkan kes ni boleh buat bertumbuk, tapi aku bukan budak sekolah lagi, aku dah masuk U so pikiran pun matang la sikit. Ni kronologi kes aku pulak.

Aku telefon sorang budak Serabut (S) ni,

Aku: Hello Serabut, amacam teater aritu dapat nombor berapa?
S: Ha kimy, kitorang tak dapat nombor, tapi dapat anugerah dari bapak ko.
Aku: Anugerah ape dari bapak aku?
S: Anugerah ape lagi kalau bukan Anugerah Jury.
Aku: Farkkk U serabut, hahahahha. Nasib baik bapak aku ada, kalau tak, ape pun korang tak dapat.
S: Betul gak tu. K la aku nak sambung tido.
Aku: Yela yela camtu la member.

Untuk makluman korang, nama bapak aku agak unik iaitu Jury. Banyak kali la aku dipermainkan sebab keunikan nama bapak aku seperti "inJURY", "JURY untuk pertandingan hari ini", dan lain-lain.

Bagi aku benda ni cliche. Tak ada apa yang perlu dimarahi kalau dalam situasi sedang melawak. lain la kalau dia cakap bapak aku vavi ke, tu boleh la buat makan kaki. So dalam apa benda pun jadi la matang, pikir benda tu adakah saja-saja melawak atau serius. Tu je la kisah aku, kalau tak paham just abaikan, kalau paham teruskan membaca entri seterusnya. TQ, Salam, Cheers.

8 comments:

Farhah said...

yeahhh akhirnyaa! :D

Anonymous said...

yup! stuju tp kdng2 bila tyme sensitip ckit boleh jd salah faham.. agak menyirap jgak rasanya kalau yg melawak tu tak reti nak berhenti.. kang ada yg mkn kaki kang.. heheh..

eka_mustapha said...

haha.. klaka! sempot je gelak..

aRaN said...

hoi! bapak aku samseng hahahhaa

Mek Nab said...

biasalah law org slh tafsir mmg bleh gado huhuhu

Prince of Noob said...

waktu kecik mmg bapak sensitip... terutama kalau main kepala bapak kepala bapak... dah besar takde apa pun... p. ramlee pun buat lawak kepala bapak jugak

noob

FaizalRSD said...

Bro,lama menghilang?

Unknown said...

Это мы так подошли к вопросу отличного интимного досуга, что всегда обеспечивают Проверенные проститутки Киева sex-ra.com В одном вопросе мужчины и женщины, безусловно, согласны между собой: и те, и другие не доверяют женщинам. Ухоженная женщина встретится для секса с мужчиной.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...