Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, May 5, 2011

FAST & FURIOUS 5 REVIEW!!!

Penat tapi puas betul tengok Fast Five ni. Memang sangat best cerita ni sampai aku boleh tahan tak keluar kencing masa tengok cerita ni. Aku akan review mengenai Fast & Furious 5 ni. First of all, aku nak bagitau korang, filem ni wajib korang tonton memang sangat puas tonton filem ni kat wayang.

Sinopsis:
Mengisahkan bekas agen persekutuan Brian O'Conner (Paul Walker) dan juga rakannya seorang pelarian iaitu Dominic Toretto (Vin Diesel) yang kini berada di pihak yang membelakangi undang-undang. Semenjak Brian dan Mia Toretto (Jodana Brewster) membebaskan Dom dari tahanan, mereka menjelajah ke banyak negara untuk mencari kebebasan. Mereka akhirnya sampai di Rio De Janeiro. Di sana mereka perlu melakukan tugasan terakhir bagi mengecapi kebebasan yang mereka ingini. Untuk menjalankan tugasan tersebut, mereka mengumpul ahli kumpulan lama mereka yang terdiri daripada pelumba haram, hacker, penipu dan bekas tentera. Misi mereka kali ini adalah untuk mencuri kesemua duit daripada seorang usahawan jahat (Reyes)yang ingin menbunuh mereka semua. Tapi bukan seorang sahaja yang ingin menangkap mereka. Agen persekutuan Luke Hobbs (Dwayne Johnson) yang tidak pernah terlepas menangkap penjenayah turut ditugaskan menangkap mereka.Semasa di Brazil, Luke Hobbs belajar yang dia tidak dapat membezakan diantara mereka yang baik dan jahat. Pelbagai konflik dan aksi berjalan sepanjang filem ini yang berdurasi selama 2 jam 10 minit.


Storyline:
Permulaan filem ni adalah sambungan pengakhiran Fast & Furious 4. Di mana adegan Brian dan Mia dalam perjalanan untuk membebaskan Dominic dari dihantar ke penjara. Mereka kemudiannya berpecah dimana Brian dan Mia membawa diri ke Rio De Janeiro, Brazil. Mereka bertiga menjadi American Most Wanted Person (pelarian). Di Brazil, mereka bertemu Vince dan menetap dirumah Vince. Vince mengajak mereka melakukan rompakan untuk seorang usahawan (Reyes) di Rio De Janeiro terhadap sebuah keretapi yang menempatkan 3 buah kereta rampasan.  Rompakan itu disertai oleh Brian, Mia dan Dom. Semasa rompakan berlangsung, Brian, Dom & Mia berpaling tadah dan mencuri kereta tersebut untuk mereka sendiri.


Kereta yang dicuri Mia merupakan kereta yang digunakan usahawan jahat di Brazil dan menyimpan kesemua data operasi usahawan (Reyes) itu. Keadaan menjadi runcing apabila Reyes yang juga merupakan godfather bagi kawasan setinggan di Rio De Janeiro memburu mereka. Dom mendapat satu idea dimana dia akan menggunakan data operasi yang diperolehi untuk mencuri kesemua duit Reyes berjumlah USD 100 juta tunai. Untuk menjalankan operasi, mereka mengumpulkan rakan-rakan lama seperti Han (Tokyo Drift), Tej & Roman (2 Fast 2 Furious),  Leo & Santos (Tokyo Drift) dan Gisele (Fast & Furious 4).


Dom & The Geng
Rancangan rompakan mereka bertemu jalan buntu apabila Reyes menyimpan kesemua duitnya di dalam sebuah balai polis miliknya. Reyes telah merasuah sebahagian besar polis di Rio De Janeiro dan mengarahkan mereka menangkan Dom and the geng. Untuk memecah masuk ke dalam peti besi di balai polis tersebut, mereka memerlukan sebuah kereta yang laju bagi mengelak dari dikesan kamera CCTV di balai itu. Setelah buntu untuk mendapatkan kereta yang paling pantas, Dom, Brian, Han dan Roman telah mencuri kereta peronda polis.


Luke Hobbs semasa berjumpa Dom.
Dalam masa yang sama, Luke Hobbs telah mengesan mereka. Kedatangan Luke Hobbs ke tempat lumba haram terkenal di Rio bagi menangkap mereka gagal. Ini kerana, kawasan itu adalah kawasan dimana Dom berkuasa dan Hobbs tidak dapat berbuat apa-apa. Semasa hari rompakan, Hobbs telah menyerbu kawasan persembunyian Dom dan ahli kumpulannya. Berlaku pergaduhan antara Hobbs dan Dom.  Dom, Brian dan Mia ditahan. Semasa dalam perjalanan untuk menghantar mereka bertiga ke tahanan, Konvoi Luke Hobbs telah diserang oleh kumpulan militia milik Reyes. Kesemua ahli pasukan elit Hobbs mati. Dom, Brian, Mia dan juga seorang polis wanita (Elena) telah membantu menyelamatkan Hobbs. Hobbs sangat terhutang nyawa dengan Dom dan berjanji untuk menolongnya.


Perbincangan mengenai rompakan
Rompakan ke atas balai polis tersebut dilakukan dengan kerjasama Hobbs kerana Hobbs ingin membalas dendam atas kematian ahli pasukannya. Dom dan Brian telah mencuri peti besi tersebut dengan menariknya menggunakan kereta peronda polis yang telah mereka ubah suai. Disini dapat dilihat adegan kejar mengejar yang mengakibatkan kemusnahan besar keatas bandar Rio De Janeiro. Di akhir kejar mengejar, Dom dan Brian mengalami jalan buntu apabila di atas jambatan itu di penuhi polis. Dom bertindak berani menggunakan keretanya dan peti besi tersebut melanggar satu persatu kereta polis hingga tercampak kebawah jambatan. Reyes turut mengejar peti besi yang tersimpan duitnya. Kereta dipandu Reyes akhirnya berlanggar dengan kereta Dom. Dom yang selamat telah keluar untuk membunuh Reyes. Pengawal keselamatan Reyes bertindak keluar kereta bagi menembak Dom. Brian tiba-tba muncul dan menembak mati pengawal tersebut. Reyes merangkak keluar dari keretanya dan kemudian di tembak oleh Luke Hobbs yang baru tiba di situ.


Untuk mengetahui ending sepenuhnya, aku cadangkan korang pergi ke pawagam sekarang juga sebab cerita ni memang best dan penuh dengan unexpected scene.


Produksi: Dark Side Productions, Original Film
Director: Justin Lin
Skrip: Chris Morgan, Gary Scott Thompson


Latar masa: Beberapa bulan selepas pembebasan Dom.
Latar tempat: Rio De Janeiro Brazil.
Latar waktu: Musim panas
Cinematography: Sangat menarik dan terkesan. Teknik yang digunakan boleh membuatkan penonton tak senang duduk dan mula bersorak didalam panggung wayang.
Skrip: Padat dan menarik. Unsur komedi turut diselitkankan didalam filem ini yang dipegang oleh Roman. 


Interesting Quote:
Dominic Toretto: If you're gonna survive, stop thinking like a cop. You're in my world now. 
Dominic Toretto:  One last job, then we disappear forever. 
Roman Pearce: This just went from Mission: Impossible to Mission: In-freaking-sanity. 
Dominic Toretto:  Chances are sooner or later, we are gonna end up behind bars or buried in a ditch somewhere. But not today. 
Brian O'Conner: We just went from the middle of the "most wanted" list to the very top. 

Overall aku personally bagi 9/10 bintang untuk filem ni. Memang sangat menarik dengan banyaknya kereta polis terbang dan rosak. Bangunan hancur. Adegan tembak menembak dah macam filem Saving Private Ryan. Memang puas sungguh dan korang mesti akan rasa tidak mahu lepaskan satu saat pun babak dalam filem ni. Fast Five lebih menonjolkan kegarangan dan kepantasan yang sebenar tanpa mengadakan sebarang perlumbaan seperti Fast & Furious yang terdahulu. Fast Five adalah sekual terakhir untuk Fast & Furious. Filem WAJIB TONTON untuk minggu ni. Sekian, salam Cheers.

p/s: masa aku tengok semalam, dah macam filem tu berinteraksi terus dengan penonton. Ada yang bersorak, ada yang tepuk tangan ada yang gelak terbahak-bahak. Senang cerita korang pergi tengok sendiri.

5 comments:

adwafarahin said...

ff5 terbaek!

kAmi dAn mEreKa said...

tgu org lain download cite je la, hehe ;)

Cik Nyna said...

jeles!! still tak dapat tengok . wayang full di booking until sabtu ni . tension ~

nub said...

ouh aku dh tgok. syokk. walopon aku down aksi kereta macam kurang sket...

Wuucin said...

wah memg best! akim biler nk banjer wuucin tegok nie ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...