Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, June 1, 2011

X-MEN FIRST CLASS FULL REVIEW (BM)


Hello and good day. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok X-Men kan. But guess what, im the lucky one to watch this movie 2 days earlier than ordinary citizen. Nak senangkan cerita, aku dapat invitation untuk menonton special screening X-Men ni bertempat di TGV KLCC pada 31 Mei jam 9.00 malam. Credit to Alieya Zafirah sebab invite aku. Special screening atau tayangan perdana ni telah di taja oleh The Score Magazine. The Score ni adalah sebuah majalah berbahasa inggeris dan berunsurkan hiburan. Nak tau pasal majalah ni boleh check out FB diorang dengan menaip The Score Magazine.

Tiket dari The Score Magazine. Thanks tu Alieya sebab ajak aku.

Sebelum tayangan ada cocktail dengan hidangan ice lemon tea dan makanan sikit. Tapi aku tak sempat makan apa-apa sebab dah lambat.

Storyline:
Back to the X-Men. Sekual X-Men kali ini menceritakan sejarah atau asal usul X-Men itu tersendiri dengan pengasasnya iaitu Professor Charles Xavier aka Professor X. Filem ini mengisahkan bagaimana Charles Xavier (James McAvoy) dan Erik Lensherr (Micheal Fassbender) mendapat nama Prof. X dan Magneto dan juga bagaimana mereka boleh menjadi musuh antara satu sama lain. Charles adalah seorang anak bangsawan di England dan bertemu dengan Raven (Jeniffer Lawrence) secara tidak sengaja semasa Raven mencuri makanan dirumahnya. Semenjak dari itu, Charles telah menjadikan Raven sebagai adik angkat kerana berkongsi sifat Mutan.


Erik pula mempunyai misi tersendiri iaitu ingin membunuh Sebastian Shaw iaitu orang yang telah memanipulasi dirinya serta membunuh ibunya. Ibu Erik terbunuh kerana Erik tidak dapat menunjukkan kuasanya semasa dipaksa oleh Shaw. Misi antara ingin membunuh Sawn kerana dendam turut disertai secara tidak sengaja oleh Charles Xavier dan Raven kerana mereka berdua dalam misi bersama CIA untuk menangkap Shaw.


Shaw merupakan seorang Mutan yang mempunyai kuasa untuk menyerap semua jenis kuasa dan mempunyai cita-cita untuk menakluk dunia untuk dijadikan sebuah negara Mutan.Shaw memulakan misi jahatnya dengan niat ingin melaga-lagakan dua kuasa besar iaitu Amerika dan Soviet dengan perang nuklear. Misi untuk menangkap Shaw menemui kegagalan kerana Shaw serta pengikutnya iaitu Azazel, Emma Frost dan Riptide berjaya meloloskan diri mengunakan kapal selam buatan Shaw


Casting from left: Erik, Moira, Emma, Azazel, Beast, Alex, Angel, Raven, Charles Xavier.


Mulai saat itu, Charles dan Erik telah bekerjasama dengan Hank/Beast untuk mencari mutan-mutan untuk direkrutkan bagi misi menangkap Shaw. Disitu mereka mula menjumpai Sean Cassidy (Banshee), Armando Munoz (Darwin), Alex Summers (Havok) dan Angel. Nama gelaran mereka serta Prof X dan Magneto diperolehi semasa mereka sedang berborak memikirkan nama yang sesuai dengan kebolehan mereka.(Charles & Erik tiada bersama mereka kerana sedang menjejaki pertemuan Shaw dengan wakil Soviet).


Semasa mereka berborak, Shaw serta pengikutnya telah mengesan aktiviti Charles Xavier merekrut mutan. Sawn telah bertindak menyerang ibu pejabat CIA dimana mutan tadi direkrutkan. Akibatnya, Darwin mati ketika ingin menyelamatkan Angel. Angel telah berpaling arah untuk mengikut Shaw. Charles kemudiannya membawa mereka yang tinggal iaitu Erik, Raven, Havok, Banshee serta Beast kerumah agamnya untuk menjalani latihan bagi misi menangkap Shaw.


Rusia (Soviet) telah menghantar warhead nuklear ke Cuba bagi menakutkan Amerika. Pihak Amerika menghantar kapal tentera bagi menghalang kapal kargo membawa nuklear tersebut. Pihak soviet turut menghantar kapal perang bagi menjaga kapal kargo itu. Charles dan ahli kumpulannya telah berusaha mengelakkan perang dunia ke-3 meletus jika kapal kargo itu sampai ke destinasinya. Charles telah masuk kedalam minda seorang pegawai tentera soviet dan menembak misil untuk memusnahkan kapal kargo tersebut.


Banshee telah diarahkan oleh Charles untuk mengesan kapal selam Shaw mengunakan kuasa sonarnya. Erik pula ditugaskan untuk menarik kapal selam Shaw ke darat. Kapal terbang buatan Beast turut terkena kapal selam itu dan terhempas bersebelahan kapal selam. Charles menggunakan kuasanya bagi mengesan kedudukan Shaw didalam kapal selam itu. Erik berjaya menjumpai Sawn dan dengan bantuan Charles dia membunuh Shaw. Shaw memakai sebuah topi yang direka khas oleh soviet bagi mengelakkan mindanya dibaca dan dipengaruhi oleh telepath seperti Charles dan Emma Frost. 


Dari situ Erik mendapat topi atau helmet yang mengelakkan fikirannya dibaca. Setelah Shaw berjaya dibunuh, pihak Amerika dan Soviet berpakat untuk membunuh mutan aka Charles and the geng. Erik telah mematahkan serangan mereka dan membalikkan peluru dan misil kepada kapal perang amerika dan soviet. Charles cuba menghalang tetapi dibelash oleh Erik. Moira iaitu agen CIA yang mengikuti misi mereka telah menembak kearah Erik. Tampanan peluru Moira oleh Erik telah terkena saraf tunjang Charles. Itu yang menyebabkan Charles (Prof X) berkerusi roda. 


Di akhir filem, Erik telah mengajak mereka yang ingin berjuang untuk memerangi manusia. Antara yang mengikuti Erik adalah Raven. Charles dan pengikut-pengikutnya telah menubuhkan sebuah institusi bagi mutan. Dari situ, nama X-Men diambil sempena nama Professor X dan orang-orangnya.


Pandangan peribadi:
Kesemua cerita X-Men bermula dengan plot-plot yang agak slow dan banyak berdrama. Tidak seperti filem-filem aksi lain. Filem X-Men First Class merupakan pelengkap kepada sekuel-sekuel sebelum ini dimana menceritakan secara keseluruhan mengenai kewujudan X-Men. Jalan ceritanya mudah dan senang untuk difahami. Filem ini menokok tambah isu realiti seperti isu perang nuklear (Cold War) antara amerika dan soviet. Bagi penonton, watak Prof X dan Erik merupakan watak utama dalam X-Men First Class dan memberi impak signifikan terhadap filem ini.


Kekurangan bagi filem X-Men seperti biasa adalah watak yang terlalu banyak dan mengelirukan kerana babak mereka terlalu sikit dan tidak menonjol. Kaedah CGI yang digunakan turut kelihatan biasa dan tidak nampak seperti real. Terdapat kesan CGI yang menggunakan kaedah yang telah ketinggalan zaman dan tidak setaraf filem Hollywood. Tetapi masih boleh dimaafkan. Watak asal seperti Cyclops, Storm, dan Pheonix tiada didalam sekuel kali ini. Watak mereka ini adalah watak yang cukup signifikan terhadap filem X-men sepatutnya diketengahkan dalam filem ini.


Keseluruhan:
Overall aku bagi 6.5/10 bintang (revise overall 7/10 bintang) bagi filem X-Men First Class ni. Apa yang boleh dibanggakan adalah pengolahan watak Charles Xavier aka Prof X yang menjadi antara ikon utama dalam X-Men. So bagi peminat X-Men, boleh mula terjah panggung Khamis ni. Still terbaik dari segi aksi dan jalan cerita yang seakan-akan kejadian sebenar yang berlaku di dunia ini. Sekian, Salam.

2 comments:

mila said...

xbest ke?baru teringin nak tgk hihi

beloghakimy said...

best jek... okey la agak menghiburkan la.. tapi tak laterlampau awesome sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...