Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Sunday, July 31, 2011

KHAIRUL FAHMI & ELIA JEJARI RUNCING APA SUDAH JADI??

Petikan entri dari Oh Bulan.

Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak.
Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

ENTRI LAMA YANG AKU REFRESH BALIK BUAT TATAPAN SEMUA..

Balik-balik pasal bolakan. Sorry guys out there sebab aku tak abis demam bola lagi.Mesti korang pelikkan napa tajuk entri aku ada DT. DT means Double Trouble. Selain belog aku akan ada satu lagi belog sahabat aku akan tulis pasal benda ni jugak. Korang tunggu. Ok, Hari tu aku dah banyak cerita pasal gol keeper Malaysia ni Khairul Fahmi tapi hari ni aku nak cerita mengenai women behind his carrier. Oh My God. Ramai yang ada boipren tapi tak la sampai macam this one gurlz. Kalau korang nak tau pasal this gurlz check it out here http://jejariruncing.blogspot.com/ .Tajuk belog dia adalah Pendek & Manis (Short & Sweet)  Mentang-mentang la boifren dia dah popular sekarang abis satu-satu cerita tentang boifren dia dia keluarkan dalam belog.

Aku akan senaraikan beberapa benda tak patut yang dia cerita pasal boifren dia. Aku bukan dengki sebab muka aku ni langsung tak iras-iras si Khairul Fahmi tapi aku tak boleh terima tengok cara dia menulis tentang Khairul Fahmi ni. MOTIFF???

First sekali, tak kisah la nak cerita pasal macam mana ko jumpa dia semua. Tapi tak perlu kot letak gambar-gambar first time dating or gambar first time Khairul Fahmi hantar dekat ko. Nak share boleh tapi keep la something for your own. Aku tak tau apa sebab dia dedahkan semuanya, tapi aku dapat rasa yang dia takut Khairul Fahmi ni kena kebas dengan perempuan lain. Come On la, kalau dia sayang ko tak kan la dia nak cari orang lain dan tak perlulah ko nak tulis pasal Mr Apex kesayangan ko tu banyak-banyak. Bukan apa, nanti kalau terlalu menonjol, ramai akan mula mensensasikan cerita pasal korang. Macam aku ni. hehehehehe.
Dari cerita baik sampai la cerita buruk. Tak takut ke????

Seterusnya, video-video semasa korang gi karoke tu perlu ke nak share dekat semua orang. Yes i know you love him so much, tapi beragak la. Takkan video ko tengah bergelek dengan dia pun nak bagi orang tengok. Tak malu ke or nak cari publisiti lebih untuk diri sendiri???? Aku tengok si mamat Khairul Fahmi ni cool je. Tapi bila tengok sebelah dia ada minah duk gelek-gelek nyanyi lagu Memori Daun Pisang aku rasa menyampah. Aku just nak bagi tau, benda yang agak kureng tak perlulah dimasukkan, takut-takut dimanipulasi pihak-pihak tertentu tak ke teruk nanti ko kena. Jangan sampai nanti keluar video Ehem-ehem pulak sudah. Tak pasal-pasal jadi macam Nabil Raja Lawak tu.


"B kat sini tak best dekat sana lagi best. B tak rindu i ke??? B ini B itu BBBBBB." Tu dia antara petikan sms Khairul Fahmi yang aku perolehi daripada wikileaks. Gelak guling-guling aku baca sms diorang ni. sampaikan sms antara KF dengan dia pun dia letak dekat belog dia. Minachi, simpan la privacy korang. Nak share sikit-sikit tu boleh ni sampai sms BBBBB pun nak tulis kat belog ni dah parah dah ni. Naik bulu roma aku baca. Tu la sapa suruh baca kan dah geli geleman. hahahahaha. Memang tak beragak betul la. Yes aku tau korang bakal bertunang tak lama lagi. Tapi bak kata orang sedangkan yang dah kahwin boleh dirampas inikan pula yang belum bertunang pun. Jangan jadi macam kes Mawi sudah. Bukan main mencapap tunang Mawi dulu last-last putus tunang abis jatuh Mawi. The same goes to KF. Aku takut bakat dia ni nanti akan tenggelam dengan kontrovesi yang melanda diri dia sama seperti Aidil Zaquan. Jadi pikir-pikir la sendiri.

Tak bestkan asyik baca je. Korang nak tengok tak anak KF dengan minah ni???? Nak tengok jom scrool kebawah.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
JENG JENG JENG!!!!


Tu dia siap dah try test nak anak rupa macam mana. Aiseyman. Tak tau nak cakap apalah. Korang pandai-pandai la pikir ok. Bukan apa, kalau dah sampai tahap ni dah kira level merbahaya tahap dewa. Kalau dibuatkan putus cinta (KALAULAH, moga jodoh berpanjangan buat mereka ni) mesti frust menongeng la gf si KF ni. Mesti menongeng macam KF masa tangkap bola sepakan penalti Firman (Kapten Timnas Indon). Belum apa-apa dah 2 orang terkenal nak si KF ni iaitu Nora Danish & juga Hanis Zalikha. Pergh berbulu abis la GF KF ni. hehehehe.

Pesanan aku buat semua termasuk girlfriend KF, jangan terlalu expose. Memang seronok bila ramai orang kenal dan jadi popular. Tapi seronok tu hanya seketika je. Bila dah start isu dipermainkan oleh pihak media termasuk gosip sana gosip sini, susah nanti. Tulis pasal KF slow sikit. Makin awak dedahkan pasal KF, makin ramai yang akan menyukai KF ni dan cuba untuk mendampingi dia serta mencari kesalah korang. Aku just bagi pendapat, Bukan bermaksud nak memalukan sesiapa tapi just takut if bad thing happen to both of you because tersilap langkah. Kepada pembaca belog aku, sorry sebab terlalu harsh atau kasar dalam penulisan aku tentang GF KF ni. Bukan sengaja nak tulis, just nak remind je. hehehehe. Sekadar hidangan di dunia cyber untuk korang. Eh ada lagi satu aku nak bagi dekat korang. Minah ni pun ada compare muka si KF dengan sorang aktor ni. jom tengok.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
My Boss My Hero

Lebih kurang. Sangat seiras muka diorang ni. Patut la sayang sangat minah ni dekat si KF. He's your hero. Memang betul tak dapat dinafikan. hehehehehehe. 

Sebelum aku mengakhiri penulisan aku ni, aku just nak doakan kebahagian GF KF dengan KF. Hopefully nanti dapat la tengok lintas langsung perkahwinan korang dekat TV. hehehehe. Good Luck to KF dan jangan lepas ni tak perform pulak main bola. Teruskan usaha anda, anda berbakat dan jangan biarkan hidup anda dibelenggu perkara yang tidak berfaedah. hehehehe. Apa punya kata-kata perangsang da aku bagi. For girls out there, jangan berangan nak memiliki KF sebab KF dah not available. FULLSTOP. Sebelum aku terus merepek baik aku tamatkan disini. Sekian, Salam, Cheers.

p/s: dulu aku dan geng-geng blog serabut yang lain dah bagi nasihat dan teguran berguna kepada elia jejari runcing. Semua cakap kami cemburu. Tapi sesungguhnya kita sebagai manusia kena terima teguran yang membina untuk dijadikan pengajaran dan berwaspada dengan apa sahaja. Hope Khairul Fahmi lepas ni still boleh bagi yang terbaik untuk Malaysia. Bunga bukan sekuntum. Sekian. Go Khairul Fahmi Go Harimau Malaya.


credit to geng serabut & oh bulan

Wednesday, July 6, 2011

WTS: CANON 40D

Aku nak jual kamera aku yang dasyat ni.

Kondisi terbaik sesangat.

Pandangan depan

Pandangan serong

Pandangan atas

Pandangan belakang

Screen Protector GGS Diamond. Semenjak hari pertama beli dah letak. Screen tak calar. Harga screen protector ni RM100. Tapi aku bagi free je.

Pandangan sisi.

Info:


Equipment Type: canon DSLR
Equipment Brand: Canon
Equipment Model: eos 40D
Date of Purchase: 14 May 2010
Price (RM): RM2250 nego (untuk kawan-kawan blog aku bagi RM2100 fix)
Method of Payment : COD (KLCC, Setiawangsa & Kuala Lumpur Area)
Condition : 9.5/10
Reason: upgrade gear
Description:
Canon 40D Body + 18-55mm IS lens

Package include :

- 1 battery Ori (Li-ion)
- Original Strap
- Box
- DSLR Manual
- EOS CD
- 40D guide book
- Charger
- Cable

FREE ITEM:
-18-55mm IS lens
-GGS Screen Protector

ETC:
-Brand New Shutter (Just change the shutter on 12 May 2011)
-Full servis including cleaning the sensor and motherboard of the camera.
-Keep always inside bag.

-4 gb CF card aku bagi free kalau beli dengan harga RM2250. Kalau tak tambah RM50.



if intrested; do PM,or SMS ME ONLY.
Name: Hakimy Jury
No Tel: 017-9143429
Location: Setiawangsa, KL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...