Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Thursday, October 21, 2010

TAHNIAH MAGIKA!!!!

Edry Abd Halim

Magika  
PETALING JAYA: Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Centre Atrium E@Curve, Mutiara Damansara, menyaksikan filem Magika terbitan KRU Studios merangkul lima anugerah daripada 12 Anugerah Cipta yang disampaikan, di sini, Rabu.
Anugerah tersebut adalah bagi kategori Kostum/Busana yang dimenangi Hasnan Yaacob, Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu ciptaan Edry Abdul Halim, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).

Sementara itu, persaingan sengit bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik berpihak kepada aktor Shaheizy Sam (V3: Samseng Jalanan) manakala Yana Samsudin pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit.
Selain kejutan daripada Magika, dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.

Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.
Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem Belukar dan Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Brian Ng (V3: Samseng Jalanan).
Dua anugerah utama iaitu Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik yang dimenangi oleh My Spy (Afdlin Shauki) telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Magalin Decruz.
Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM10,000. Majlis yang berlangsung selama satu setengah jam itu disusuli oleh tayangan perdana dua filem yang turut bertanding di FFM23 iaitu Estet dan 2 Alam.

sumber-MStar

p/s: tahniah Magika, tak sia-sai aku review filem ni. Terbaik dari ladang strawberry. hehehe

MOTOR SUKAN, DIMANA KAU!!!!

Salam pembaca-pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Hari ni buat pertama kalinya aku akan bagitau korang tentang minat aku selain fotografi. Aku seorang yang mempunyai taste yang tinggi. Minat aku selain fotografi adalah menunggang motosikal berkuasa besar. Aku tak ada pun motor berkuasa tinggi atau dikenali sebagai sportbike atau superbike. Tapi aku selalu mengikuti rakan-rakan aku untuk dan mencuba motor-motor mereka. Motor apa yang pernah aku bawak. Antaranya adalah Kawasaki Er6n, Ninja 250, ZX6r(1997) dan juga CBR600r. Meh tengok model motor-motor yang pernah aku bawa.

NINJA ZX6R (1997)

ER6n

NINJA 250r

CBR600r

Aku memang sukakan kelajuan, tapi aku tetap tak berani bawa laju-laju kalau naik superbike. Paling laju pernah aku bawa adalah 150km/j. hehehehe. Bukan motor aku kalau apa-apa jadi nanti susah aku. hehehehe.Antara banyak-banyak motor ni, akau suka motor ninja 250r. Walaupun cc enjinnya rendah, tetapi motor ini mempunyai kuasa yang lebih berbanding mana-mana motor berkuasa 250cc.

Last but not least, aku berazam untuk mendapatkan satu superbike ni tak kira la model apa. Target aku sekarang adalah untuk simpan duit dan dalam bulan Mac 2011 aku mampu untuk memiliki sebuah ninja 250r. hehehe. So dalam masa yang sama aku nak promote kat korang syarikat fotografi aku iaitu Matahati Picture. Kalau nak bagi aku job, silalah emel atau call aku. Sekian sahaja. Cheers.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...