Kembali kita kepada bab perokok bodoh kuasa 3. Cerita dia begini, aku pergi makan dekat Georgetown Kopitiam Wangsa Walk. Sedang asyik aku mengupdate twitter dan facebook aku ternampak gelagat yang membuatkan aku sangat meluat. Adalah seorang bro ni dengan anak dia dalam lingkungan 3 tahun boleh dok main rokok-rokok. What the hell. Bro ni dengan tanpa segan silu cucuh rokok then macam acah-acah anak dia dengan rokok. Siap cakap lagi "try la try la, nah papa bagi try". Demm gila aku tengok seorang lelaki yang bergelar bapa boleh mengajar anak dia hisap rokok. Yang pelik, si mak dekat sebelah boleh buat tak tau ja tengok suami dia ajak anak hisap rokok.
Ramai orang kiri kanan dok tengok dan pandang slack, tapi si bapak perokok bodoh ni macam tak malu malah menunjuk-nunjuk yang dia ajar anak dia hisap rokok. Aku nak bangun pegi sound nasib baik girlfriend aku tahan aku. Apa punya bapak la macam ni. Last sekali ada sorang pak guard datang lepas tu cakap, "Maaf encik, dekat sini tak boleh merokok". Mula la dengar orang-orang sebelah dia gelak slow-slow termasuk la aku.
Kalau korang nampak benda ni, apa yang korang rasa??Bodoh betul bapak sorang ni mengajar anak dia merokok. Tak kisah lah kalau ko bapak muda, tapi ajar la anak kearah kebaikan bukan kearah kemungkaran macam ni. Nanti jadi macam budak umur 6 tahun dekat indonesia yang merupakan seorang perokok tegar. Takut belum besar lagi dah sakit then berakhir di perkuburan berhampiran.
Gambar sekadar hiasan dinding belog aku. |
Okey too be truth, im a smoker too. But aku ni perokok yang mempunyai prinsip. First aku takkan galakkan orang lain merokok (yang baru-baru nak cuba la), then aku takan merokok bila nampak budak kecik duduk dekat dengan aku. Aku dalam proses nak berhenti tapi maybe bulan 5, tahun tak tahu bila lagi. So harap perokok yang diluar sana jangan la buat apa yang bapak perokok bodoh diatas tu buat. Lagi satu kalau ada anak tu kalau boleh jangan la merokok depan anak. Bapa aku dulu kalau nak merokok kadang-kadang sampai seberang jalan dia merokok jauh dari aku. Sebelum aku merapu panjang, let me end this with salam and cheers.
8 comments:
hare btoi perli aku ....baby!!!!
aq pernah nmpak gak dpn mata masa kat pulau.
deyy, budak kecik takyah ajar depa yang teruk2, aq rasa zaman depa t lagi hebat dr zaman kita. setakat rokok, pndng sebelah mata mungkin~
hisap rokok aku lagi sedap lol
pernah nampak ! bapak budak merokok dkt muka anak dia dlm umur 5bulan. aku rasa nak ketuk dahi dia ! grrr
eh cepat cepat lah berenti
memudaratkan diri
zey: tu la teruk betul
ayap: byk la ko.
liyana lunia: hehehe.. sedang mencoba..
belogkiter: mmg memudaratkan diri..
uik...dah pandai isap rokok....ha ha ha
JOM cuba berhenti merokok secara semulajadi dengan mengunakan produk i-quit.
Terbukti berkesan , hanya dalam 7 hari kesannya boleh dirasai.
Like kami di :
https://www.facebook.com/jomhenti
Post a Comment