Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, April 9, 2011

CARA MEMBUAT TELUR TIRUAN

Dah habis gegar satu Penang sebab telur tiruan ni. Apa kejadahnya la diorang ni nak jual telur tiruan. Dah tak cukup telur ke nak jual? Tapi bila dah kena tangkap masing-masing kecut telur lari. Okey, sejarah telur tiruan ni asalnya dari negara China di negeri bernama Guangzhou. Dekat sana harga telur tiruan ni hanya 6 sen sahaja. Bukan macam dekat Malaysia, telur tiruan tapi jual harga sama jugak.

Bahan-bahan membuat telur tiruan

Contoh acuan untuk membuat telur.


Berbalik kepada tajuk, aku akan ajar korang macam mana nak buat telur tiruan ni. First korang kena cari bahan-bahan dia seperti agar-agar, serbuk ntah apa-apa, asid benzoin, bahan pengental, dan juga tawas. What the hell, tawas pun diorang guna nak buat telur. Tawas ni bukan ke benda yang hilangkan bau badan.

Okey seterusnya.Untuk membuat kuning telur, masukkan pewarna kuning-lemon bersama-sama air. Kemudian masukkan cecair tadi kedalam plastik bulat. Plastik tadi dimasukkan ke dalam air magik atau sebenarnya adalah air bercampur kalsium klorida.


Seterusnya, telur ni akan di masukkan kedalam bekas acuan seperti telur dan telur putih pula adalah campuran beberapa bahan di atas yang aku dah bagitau tadi. Try je campur-campur mesti jadi jugak nanti.




Cara membuat kulit telur pula, parafin wax dan cecair putih yang aku tak dapat cam (macam liquid paper pun ada) dituangkan ke atas telur palsu dan kemudian dibiarkan kering.

Ada macam liquid paper tak benda putih tu.

Ada macam liquid paper tak benda putih tu.


So siap la sebijik telur, siapa yang dah ada telur dapat la korang tambah sebijik lagi telur. Korang kalau rasa nak jadi saintis terkenal boleh la cuba buat sendiri telur ni dekat rumah.Bawah ni aku akan masukkan lagi beberapa gambar buat tatapan dan panduan korang.


Ni la minah yang ajar aku macam mana nak buat telur ni

Ni telur aku. Eh silap telur tiruan yang dah siap.

Masa masak nampak sama tapi rasa lain.

p/s: aku pun tak pernah buat telur ni, malam ni aku nak try la buat satu telur kaler pink.

1 comment:

Belalang hijau Perisik said...

terima kasih sebab ajar belalang cara2 nak buat telor tiruan...

pas nih leh la belalang start buat bisnes telor tiruan lak...

klu nak order kat belalang ye...

huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...