Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, May 13, 2011

FILEM KONGSI REVIEW

Lu Lansi Lu Mati!!! Mesti korang dah tau tu adalah cogankata untuk filem terbaru keluaran Metrowealth iaitu KONGSI. Aku tengok tagline dia memang dah gempak dan gangster habislah. Tapi untuk makluman semua, filem arahan Farid Kamil ni tak segempak tagline dia. Cerita ni macam terlalu rushing dan buat pun ala kadar je bagi pendapat aku. Sebelum aku komen banyak jom baca sinopsis cerita ni dulu.

Sinopsis:
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.


Segala kekecohan ini berlaku bermula di Kuala Lumpur. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia.

TUMULAK diburu oleh Polis, dan kumpulan kongsi gelap. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. . TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan ASP SHARIF.

Tajuk Filem:
Kongsi

Pengarah:
Farid Kamil

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam:
12 Mei 2011

Pelakon Kongsi:
Shaheizy Sam
Fizo Omar
Yana Samsudin
Azad
Bront Palarae
Putri Mardiana
- www.mygosip.com
- diubah suai daripada laman web mygosip mengikut pemerhatian aku tonton filem ni kelmarin.

Dari pandangan aku:
Cerita aksi komedi ni tak segempak yang dicanangkan. Memang komedinya berhasil tapi tak adalah sampai pecah perut mana. Watak Tumulak lakonan Sam yang kelihatan hidup. Watak lain semua kelihatan kaku dan dibuat-buat. Penceritaan Kongsi ini pula macam terlalu shortcut dan tidak ada kesinambungan. Terlalu pendek bermakna tidak puas kalau menontonnya. Shot-shotnya juga adakala kabur dan menyakitkan mata kerana tidak betul-betul fokus. Dari segi aksi memang menarik sebab bergaduh sampai berselerak rumah, aksi kejar mengejar atas bumbung. Tapi yang kurangnya bila gaduh ramai-ramai. 1 lawan 10 orang boleh masuk satu-satu. Ini bukan cara samseng bergaduh. aksi kejar mengejar antara Tumulak dan polis nampak macam polis Malaysia ni bodoh sangat. Tak ada kerja langgar kereta penjahat banyak kali sampai kereta polis sendiri hancur. Last-last boleh pula Tumulak lari macam tu ja. Padahal polis ni lengkap bersenjata mesingan. Satu tembakan pun tak dilepaskan. Dari segi pelakon, Farid Kamil tak pandai meletakkan pelakon dikedudukan atau plot yang betul. Boleh pula watak tiga orang polis ni ada dimana-mana sahaja. Masa road block pun dia ada, masa kejar mengejar tiba-tiba boleh ada, masa bergaduh dengan samseng dia datang. Tak logik tak apa untuk filem komedi tapi jangan la sampai orang tengok rasa mengarut je. Kesimpulan, cerita ni aku just boleh bagi 2/5 bintang sahaja. Ending sangat tergantung dan tak signifikan. Farid Kamil perlu banyak belajar untuk menjadi pengarah. Farid Kamil cuba untuk menjadikan filem ni seperti Ong Bak tapi tak menjadi mana. So sad la watching this movie.

p/s: lagi best Adnan Sempit dari Kongsi. Lain kali suruh je Ahmad Idham mengarah lagi puas tengok cerita dia.

9 comments:

Amiey White said...

memang x best ke ? =.=" baru je rasa nak tengok , macam ni tunggu nur kasih jela

beloghakimy said...

TAK BEST... baik tengok kat Astro First je... tunggu Nur Kasih lagi berbaloi kot.. hehehehehe

naem said...

banyak dah aku dgar org kritik cerite ni

Hanis Manis said...

bukan "lu langsi lu mati ke"?

salah tagline lu bro.

rilek ah, farid kamil pengarah muda. ini second filem dia, first filem dia, mampu cecah 4 juta kot.

kalau kita sendiri tak bagi peluang pada pengarah tempatan, siapa lagi ye dak?

sampai bila nak harapkan cerita ahmad idham. masa mula2 buat filem pun, hampeh jugak kan. *even sampai sekarang pon ada yang hampeh*

pengalaman mendewasakan seseorang so thumbs up to farid kamil!

Wuucin said...

cik Hanis Manis, abg akimy typo je tu.. hahahhaha * back up kot ;p

aRaN said...

wat a negatifff komen la encik hakimy pala besaqqqq hahhaa

aRaN said...

rilex la Cik Hanis... dia nak komen biaq dia komen hehehhee

beloghakimy said...

hanis bukan pe.. yang i bengang sangat sebab dari trailer dan sipnosis sebelum tayangan bukan main gempak. Tapi apa yang ada dalam sinopsis tayangan tak ada dalam cerita.

I bukan sokong sangat ahmad idham. Pengarah yang paling i admire Khabir Bhatia. Kalau tempatan Afdlin Shauki(Papadom). Hahahahah.

beloghakimy said...

tq Wuucin backup sayer... ahahaha..

Aran: Dulu ko kutuk Merong tengok aku tak puas hati camner.. tapi nasib baik ko tak tulis semua yang ko tak puas dlm belog ko.. ahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...