Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Saturday, May 14, 2011

GELAGAT ARTIS BARU DI MALAYSIA !!!!


Bertempat di Restoran Ali Maju Keramat Permai jam 11.15 malam. Muncul kelibat 2 orang artis baru ke kedai itu. Kedua-duanya datang seperti pasangan kekasih. Apabila duduk sahaja di sebuah meja bertempat dibelakang meja penulis belog ini, mereka duduk rapat dan kelihatan mesra. Si penulis belog yang berperangai tak tentu arah ni dengan selamba mengatakan kepada girlfriendnya,


"Huyooo Mira Tilu tuh".


Sambil menyanyikan lagu


"Diam-diam, aku jatuh hati pada mu, ku ingin kau tahu".


Satu tamparan tepat kepeha sebelah kanan hinggap tanpa dijangka.


"Diam la malu nanti kalau Mira Tilu tu dengar".kata girlfriend penulis belog ini.


Penulis belog yang tak tahu malu ni terus menerangkan kepada seorang lagi rakannya mengenai 2 orang dibelakang meja mereka.


"Ala tu Mira la, Mira Tilu yang vokalis kumpulan Tilu."


Rakannya yang blurr terus menyebabkan penulis belog ini menerangkan dengan lebih kuat dan jelas. Mira Tilu dan seorang lelaki yang rambut macam Hafiz AF (mungkin boyfriend) kelihatan gelisah semacam mungkin akibat terdengar perbualan penulis belog ini.. Mira bangun entah kemana dan duduk semula di meja.


Kali ini sesuatu yang tidak diduga berlaku. Pada mulanya mereka duduk rapat-rapat tetapi kini tidak lagi. Kedudukan Mira dan rakan lelakinya itu mula berubah seperti dalam lagu "Kalau Berpacaran". Jarak antara Mira dan rakan sekitar 3-4 kerusi jauhnya. Apabila makan pun, mereka kelihatan gelisah dan tidak selesa. Aksi cukup pelik ini menyebabkan penulis belog bersama girfriend dan rakannya terkekek besar melihatnya. Kemudian kami pun berlalu pergi meninggalkan Mira Tilu malu tersipu-sipu. Sekian.



p/s: buat releks sudah. Bukan orang kenal sangat pun. Rakan aku pun tak kenal korang so dun worry. Gossip korang takkan masuk Melodi pun.Saya suka awak nyanyi tapi tak tau pulak awak ni perasan.

3 comments:

Wuucin said...

hahahaha...teruja kot ada org nyanyi lagu dia ;p

nub said...

hihi. budak upm dia ni. sangat humble. aku penah handle 1 event, panggil dia nyanyi n jadi juri pertandingan nyanyian.dapat free jaa beb.dahla tengah betoi2 xdak duit duit time buat event tu. haha. nasib kami baik la kot.

senang nak urusan sama dia. kalau terserempak mesti dia tegoq.

rmbut kinting tu boipren dia la tuh.

sora hang sedak sangat wei, tu dia malu2 nak beringan-ringan ngan balak dia tuh. hahaha

aRaN said...

kau hancurkan hati aku mira tiru hahhhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...