Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, May 24, 2011

POLITIK NAJEEES SEMASA KEJADIAN TANAH RUNTUH !!!

Salam, cukup sedih mendengar berita berlakunya tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat. Sangat tragis kejadian tersebut yang meragut nyawa 16 orang yang tidak berdosa. Dalam hal ini, aku memohon semua blogger Islam yang membaca post ni untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian. "Al-Fatihah".

Okey berbalik kepada tajuk entri ni. Aku dah la sedih dengar kejadian ni bertambah sebak hati aku bila dengar tentang perkara ni. Belum apa-apa lagi, pihak pentadbiran Rumah Anak Yatim telah dipersalahkan oleh kerajaan negeri Selangor keatas kejadian tanah runtuh. Katanya, rumah tersebut dibina tanpa kelulusan Majlis Pembandaran. Kenapa sekarang harus menunding jari. Sebelum kejadian berlaku tak ada pula apa-apa notis mengatakan tidak boleh buat rumah dekat kawasan tu. Ni semua politik. Politik najis aku boleh katakan. Sebab apa, selepas kejadian, ramai yang mempersoalkan pentadbiran kerajaan Selangor, untuk lepaskan diri, salahkan pentadbiran rumah anak yatim pula. Sepatutnya bersyukur ada lagi insan didunia ni yang sanggup membina sebuah rumah tempat anak yatim berteduh. Korang pun panas sebab isu ni. Kejadian dekat Bukit Antarabangsa dulu, tak pulak salahkan orang yang buat rumah kat tepi bukit tu.

Sepatutnya, kerajaan mana-mana serta majlis perbandaran hendaklah selalu memantau projek pembinaan. Kalau pemantauan berterusan tak adalah berlaku semua ni. Rakyat perlukan kerajaan, jadi kerajaan tolong memahami rakyat. Jangan bila dah berlaku sesuatu baru nak tolong. Menghindari lebih baik daripada mengubati.

Tu satu kes, ni kes nombor dua. Perlukah sesuatu parti politik yang membantu mangsa mencanang dia tolong banyak yang belah sana tak tolong langsung? Bila dah jadi macam ni, pahala menolong dah kurang sebab tak ikhlas. Kalau dah tolong sekalipun tak perlu la nak membanding-banding. Sebab apa, kalau kita buat baik rakyat/orang akan hargai pertolongan kita dan balas balik jasa kita. Itu sudah tanggungjawab sebab kalau ada orang susah kita hendaklah tolong lagi-lagi parti politik tu adalah Kerajaan Persekutuan sekarang ni. Kalau tak tolong tak tau la nak cakap apa. 

Aku sangat respek dekat NGO-NGO yang membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Mereka tidak pun mencanangkan nama mereka kesana kemari sebab bantu mangsa tersebut. Tetapi mereka lebih suka lay low ataupun merendah diri. Sebab tiada kepentingan samaada menarik undi ke, mendapatkan kontrak kerajaan atau pun macam-macam lagi. Sikap begini yang kita patut pupuk dalam kalangan rakyat di Malaysia. Aku turut respek kaum-kaum lain seperti cina dan india yang turut membantu dalam operasi ini walaupun mereka bukan sebangsa dan agama. 

Aku rasa dah cukup panjang lebar aku jelaskan mengenai politik yang berlaku setiap kali bencana alam berlaku di Malaysia. Tsunami, tanah runtuh hatta banjir sekalipun, politik sebegini sering dimainkan. Kalau boleh kurangkan berpolitik tingkatkan bantuan ikhlas menolong mereka yang kurang bernasib baik. Sekian, Salam, Cheers.


p/s:sekadar pandangan aku yang hanya dapat bersimpati.

5 comments:

aRaN said...

serius taik macam celaka !!!

Ocin Chee said...

politik semakin kotor... sape yg teraniaya? rakyat~~~

FaizalRSD said...

Politik kalau tak najis,cam lauk kurang garam lak,hahaha!

iniialahaku said...

tggu lagi....rakyat ialah kerajaan...kuasa di tangan rakyat

~ i K i N ~ said...

aku dah pegi sane ari tuh, follow engineer daerah buat site inspection.. mmg teruk kawasan tuh, then aku t'fikir balik, macam mane pihak rumah anak yatim nih boleh berani nak buat rumah kt situ? dengan sekali pandang, mmg dah tau bahaya. tapi kenapa dorg nak bina jugak? ade tak terfikir pasal tuh? cerun belakang madrasah tuh sangat tegak, mmg xsesuai utk petempatan kt situ.. kt kawasan sekitar tuh mmg banyak buat rumah kt cerun2 bukit, dan mmg yg pasti xdapat kelulusan... mmg banyak aktiviti penarahan bukit kt kawasan sekitar.. no wonder lah boleh jadi banjir.

sedih ble jejak kawasan tuh, pijak tanah yang runtuh tuh, berdiri atas timbunan tanah yang dah ragut banyak nyawa. feeling die mmg sebak~ sobsob!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...