Salam bloggers semua, disebabkan aku dah tak da modal, aku pun tulis la pasal motor. Mana yang baru follow aku tau aku ni peminat motor berkuasa besar. Tapi hasrat untuk memiliki belum kesampaian. Tapi aku sekarang tengah dalam usaha untuk membaik pulih motor warisan iaitu motor bapak aku yang bapak aku bagi kat aku oleh kerana ketaksuban aku terhadap motor berkuasa besar. Ni gambar motor tu yang sangat uzur.
|
Ini bukan Jaguh Ini adalah Kawasaki Eliminator 250 tahun 1995 |
Dan misi aku adalah untuk modified motor aku ni. So aku pun buat la sikit drawing atas Photoshop dan ini hasilnya.
|
Nampak buruk sebab aku malas nak photoshop betul-betul |
Okey dah dua gambar motor aku, so aku nak mintak tolong sesangat korang undi beberapa gambar motor dibawah ni sebab aku masih kekeliruan identiti untuk buat balik motor aku ni.
|
Calon No. 1 |
|
Calon No. 2 |
|
Calon No. 3 |
|
Calon No. 4 |
|
Calon No. 5 |
Okey sekarang kau beri penghormatan dekat blogger-blogger untuk memilih antara kelima-lima calon diatas yang mana lagi afdal untuk aku ikut dan buat kat motor aku ni. As a reward, bagi gambar yang korang pilih tepat, aku akan letak khas kotak link dekat sidebar aku ni. So pilih yang mana yang korang berkenan k. Sekian dari aku, Salma, Cheers.
2 comments:
calon no.3 & calon no.5
tapi di sebab kan calon no.3 kaler hitam, aku pilih kaler hitam..
calon no. 2bro... cantik... sesuai ngan motor kau... nak modifed pon senang...
Post a Comment