Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, January 28, 2011

MUSIM SUDAH TIBA !!!


Salam dan selamat hari jumaat untuk semua blogger tegar diluar sana. Korang jangan pelik pulak dengan tajuk post aku ni. Mesti korang ingat musim pilihanraya nak dekat, tak pun musim hujan dah kembali. Jangkaan korang meleset sama sekali. Musim yang dikatakan adalah musim DITINGGALKAN KEKASIH SUDAH TIBA!!! What the hell. Ada pula musim macam ni. Tapi aku akan beri korang 3 situasi sedih dimana LELAKI menjadi mangsa perasaan wanita.



Situasi 1: Perkenalan dengan wanita terbabit sejak dari Matrikulasi. Kawan lebih dari 5 tahun tu. Bagi aku lelaki tu ok la, baik orangnya, peramah. Walaupun sudah menjangkau 26 tahun, tapi ada la juga pikir masa depan sikit.Maybe dekat situ masalah timbul sebab pikir masa depan sikit sangat. Nak kata lelaki ni tak loaded tak juga sebab bekerjaya sebagai Field Engineer dan berpengalaman menjadi salah seorang jurutera yang membina litar lumba F1 di Abu Dhabi. Maybe disebabkan selalu berjauhan si wanita memilih untuk mencari seseorang yang lebih dekat dan boleh menjaga dia.

Situasi 2: Perkenalan dengan wanita terbabit sejak 2 tahun lepas melalui Friendster. Kawan agak lama dan memutuskan untuk berhubungan secara serious 11 bulan yang lalu. Tetapi bak kata pepatah disangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan lebat disusuli ribut taufan ditengahari. Lelaki ni boleh dikatakan berpelajaran tinggi sebab menuntut di salah sebuah pusat pengajian di ibu negara dan mengambil ijazah. Tapi mungkin disebabkan masih belajar, lelaki ni ditinggalkan kekasih kerana wanita terbabit tidak mahu menyusahkan diri untuk bersama-sama seorang STUDENT. Lupa nak bagi tahu wanita ini bekerja sebagai designer.

Situasi 3: Perkenalan dengan wanita terbabit melalui BBM (BlackBerry Messenger). Tak kawan lama sangat. Lelaki ni baik orangnya. Selalu menasihati wanita berkenaan kalau wanita itu bergaduh dengan balaknya.Oleh kerana merasakan lelaki ini caring, wanita itu memutuskan hubungan dengan balak dia. Tetapi, perkara sama berlaku keatas lelaki ini kerana wanita itu turut memutuskan hubungan dengan lelaki tu juga. Ni dah kira double trouble. Lelaki ni memang seorang yang berada bukan kerana harta mak bapak, tapi harta sendiri walaupun baru menjangkau 26 tahun. Oleh kerana berada dan selalu berada di luar negara sama seperti situasi 1, wanita ini yang baru couple 2 minggu dengan lelaki ni dengan mudah tinggalkan lelaki ni. WTH. Situasi 1 & 3 mempunyai persamaan tapi orang berbeza.

Pada pendapat aku:
Ketiga-tiga lelaki ni memang tidak sempurna, tetapi mereka ni mempunyai perasaan yang sama terhadap wanita yang pernah hadir dalam diri mereka iaitu MENCINTAI. Tapi malang sebab wanita-wanita tu tidak pernah langsung mengerti makna CINTA. Yang diorang tau kalau saya sedih nak awak selalu lapkan air mata saya. Kalau saya nak keluar nak awak selalu teman saya.Kalau saya nak tidur nak awak selalu dodoikan saya. Kalau banyak sangat kalau bila nak habis ini ceritakan.

Bukan apa, lelaki juga ada perkara yang nak dibuat. Untuk pengetahuan kaum wanita, lelaki akan rasa down kalau tak da duit. Sebab tu terpaksa keluar mencari rezeki dan tak boleh sentiasa ada dengan awak. Lagi satu, lelaki tidak suka dikongkong, kalau mereka yang dikongkong dan mengikut je cakap wanita, lama-lama bila meletup terus kawin sampai 4. Sebab lelaki sebelum kawin need some space sebab tak nak nanti dah kawin akan jadi bosan. So please paham jugak hati lelaki jangan nak kitorang je fahami wanita. Satu lagi yang aku perasan, wanita tidak suka sesuatu perkara yang menyusahkan diri mereka. Sebab tu kalau rasa lelaki ni susah dump je tepi jalan habis cerita. Ketiga-tiga responden diatas adalah kawan, rakan, saudara baik aku. Aku kenal sangat diorang dan sekarang ni ketiga-tiga dilukai oleh wanita pada jangka masa yang sama.Semua wanita-wanita yang tinggalkan responden diatas adalah disebabkan ada lelaki lain atau dengan ayat lain CURANG. So watch out gadis-gadis diluar sana, kalau ada yang datang mengorat maybe ketiga-tiga makhluk ni la.


Akhir kata dari aku, kita tidak sempurna. Bekerjasama dan saling faham memahami perlu ada kalau ingin terus disayangi. Bagi lelaki yang ditinggalkan, jangan putus harapan. Korang bukan loser cuma sikit loser tu adalah. hahahahaha.So bagi yang sedang dilamun cinta, jaga hubungan korang baik-baik ya. Bagi yang rasa aku terlalu kasar, I'M SORRY. Penulisan ni adalah demand dari ketiga-tiga responden diatas. Sekian dari aku, Salam Cheers.

P/s: Ayat untuk mereka yang ditinggalkan:

"Kadang kala, orang yang kita SAYANG adalah orang yang paling susah untuk DISAYANGI"

3 comments:

zirconia said...

nice entry :D

jarang lelaki nak mengaku mcm nie. yg penting tolak ansur :D

!annomorad! said...

eh..ni cerita pasal diri sendiri ker?hihi

beloghakimy said...

zirconia: hehehe.. betul tu
Nuur: Bukan pasal diri sendiri.. pasal member...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...