Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, April 25, 2011

RAJA LAWAK VS MAHARAJALAWAK!!

Siapa yang tak tahu tentang rancangan MAHARAJA LAWAK?? Mesti ramai yang tau pasal rancangan terbitan Astro ni. Dia iras-iras Raja Lawak tapi kali ni rancangan ni disertai top 3 dari setiap musim Raja Lawak. Okey bukan tu sebenarnya yang aku nak cakapkan, aku nak share dekat korang perbezaan antara Raja Lawak dan Maharajalawak dari my point of veiw.


1. Peserta Raja Lawak adalah pelawak-pelawak yang raw dibandingkan dengan Maharaja Lawak. So boleh dikira dengan jari la kumpulan mana yang lawak. Tapi Maharaja Lawak ni boleh dikatakan hampir semua boleh buat lawak dan lawak-lawak diorang bukan lawak kampung tetapi lawak yang menguji minda jugak la. Antara peserta Maharajalawak yang aku tengok berpotensi untuk menang adalah Nabil, Sepah, Jozan, dan Jambu. Bukan peserta lain tak bagus, cuma lawak diorang agak biasa dibandingkan dengan lawak kumpulan yang aku pilih.

2. Penggunaan props dan lighting yang berkesan. Jika kita lihat, sebelum-sebelum ni. Peserta Raja Lawak hanya membuat stage show sahaja dengan dialog dan sebagainya. Tapi sekarang ni, Maharaja Lawak telah mengetengahkan konsep baru dengan penggunaan lighting yang amat menarik. Kalau tengok persembahan Jozan minggu ke 4 memang sangat berkesan dengan adanya lighting sebegitu.

Gambar credit to : http://intanberlian87.blogspot.com

Penggunaan lighting menambah impak penceritaan. Macam tengok teater pun ada.
3. Raja Lawak lebih kepada persaingan untuk menjadi juara semata-mata. Tapi Maharaja Lawak pula lebih kepada persahabatan. Boleh tengok sendiri macam mana peserta-peserta lain yang bagi support dekat Amir walaupun lawak Amir tak berapa menjadi. Idea-idea Amir pun aku tengok dapat dari peserta-peserta lain je?? Tapi yang penting mereka banyak membantu antara satu sama lain.

Konklusinya, bagi peserta-peserta yang agak kurang best termasuk Amir, banyakkan membaca dan belajar. Sebab nak buat lawak ni bukannya senang. Bagi Jozan, Sepah, Nabil & Jambu kita jumpa di final. 4 team ni aku rasa yang akan ke final sebab persembahan diorang sangat konsisten kalau ada kurang pun maybe tak ketara sangat.

3 comments:

DiyanaMukhtar said...

ada lagi 1.. kalau tgk raja lawak sakit hati, kalau tgk maharaja lawak suka hati.. hahaa..

btw, nampak lain la kat luar.. seriously, i can't recognize u.. tgk dalam gambar lain.. tnye farid tu sape, dia pun cakap, alaa..kimy..kimy jury.. =.=''

beloghakimy said...

yana: hahahaha... pegi exam semalam rushing tu nampak serabut sikit... hahaha... nak kacau u semalam tapi takut kene debik ngan farid.. ahahhahaha

Zachary Iman said...

sokong, tapi ikut taste aku, Jozan, kemudian Sepah, baru Nabil.. lawak jambu tak masok la.. tapi paling ramai peminat diorang la pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...