Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Tuesday, May 17, 2011

BARANG PALING LAMA DIRUMAH !!!

Okey hari ni aku akan mengimbau mengenai sejarah di rumah aku. Aku akan share dekat korang mengenai barang-barang yang paling lama pernah berada dirumah aku. Sebelum tu aku nak ajak korang untuk share juga barang yang pernah bertapak lama dirumah korang.

1.Peti Ais
Dekat rumah aku ada 3 buah peti ais. Tak tau kenapa banyak sangat tapi salah satu sebabnya parent aku tak suka buang barang lama. Satu peti ais ni dah berumur 26 tahun. Sangat lama dan masih boleh berfungsi dengan sempurna. Peti ais ni bapak aku beli masa abang aku baru lahir. Apa kaitan pun aku tak tau. Peti ais ni dari segi rupa bentuk memang dah old skool habis.

2.Sofa 3 sekawan dan semeja.
Agak pelik nama sofa ni kan. Sebenarnya ni adalah sofa yang biasa dekat ruang tamu tapi diperbuat dari kayu jati. Sofa ni dibeli bapa aku masa aku baru lahir. Aku tak tau kenapa bapak aku suka sangat beli barang masa anak dia lahir. Sofa ni dah 2+ tahun umurnya. Pernah patah kaki sofa ni, tapi masih boleh digunakan sehingga sekarang selepas dibaiki.

3.Microwave
Microwave ni boleh aku katakan hampir sebaya dengan aku. Aku tak brapa sure bila beli tapi kalau congak-congak sejak aku kecil dah nampak microwave ni. Umur dia sekitar 15-17 tahun dan masih boleh berfungsi lagi. Sekarang ni kalau nak panaskan makanan aku guna microwave ni. 

4.Kipas berdiri.
Ada ke kipas duduk?? Tapi kipas aku ni jenis yang berdiri tegak punya. Umur kipas ni dah dekat 10 tahun. Masa aku kecik-kecik aku selalu buat kipas ni jadi microfon sebab kalau aku nyanyi dekat kipas ni,  suara aku jadi lain macam. Sekarang ni kipas ni masih digunakan kalau ada orang datang.

Ni barang-barang dekat rumah aku yang paling lama bertahan. So korang boleh la share juga barang-barang lama dekat rumah korang. Kalau malas buat post, korang boleh share dekat Fan Page Geng BlogSerabut. Sekian. Salam. Cheers.

1 comment:

Wuucin said...

nk taw gak berapa umur sofa 3 sekawan tuh! hahahha ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...