Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, May 20, 2011

NUR KASIH REVIEW !!!


PUAS!! tu yang boleh aku cakapkan selepas menonton filem terbaru arahan Kabir Bhatia ni. Memang sangat menyentuh jiwa filem ni dan garapan plot yang cukup genius dilakukan ke atas filem ni. Sebelum aku ulas panjang mengenai filem ni, aku nak bagitau yang rating untuk filem ni adalah 8.5/10 bintang. Korang wajib gegar panggung untuk menonton filem ni sebab aku akan pergi panggung buat kali kedua esok untuk menambahkan lagi bintang dari 8.5 ke 9 bintang.

Pelakon yang membintangi Nur Kasih The Movie.
Pros:
Untuk review kali ni aku tak akan tulis sinopsis aku akan terus straight to the point. Penceritaan bagi Nur Kasih sangat mudah difahami. Untuk sesiapa yang tak pernah tonton drama Nur Kasih turut akan dapat memahami filem ini. Memang ada kaitan sedikit antara drama dan filem tetapi di dalam filem ini turut dijelaskan perkaitan semasa di dalam drama dengan teknik flash back yang sangat menarik.

Antara babak yang disulami lagu dan sangat sweet.
Lagu yang dipilih memang sangat tepat dan menusuk kalbu. Placing lagu pada babak-babak yang penting turut meningkatkan feel filem ni. Sebabkan lagulah, babak-babak penting meninggalkan kesan kepada penonton sampai ada yang menitiskan air mata. Seperti contoh babak dimana Adam menyarungkan cincin ke jari Nur Aminah, lagu tema Nur Kasih dimainkan memang sangat sangat menyentuh jiwa.

Elemen suspen dan dramatik yang dihasilkan dalam filem ini sangat berkesan. Dengan kemalangan kereta api, kematian, pergaduhan, tembak menembak memang sangat berkesan. Seperti contoh, adegan tembak menembak dimana Nur Aminah terbunuh (seperti dalam trailer) merupakan sebuah mimpi sahaja. Tapi babak ni memang menjadi dan buat penonton yang lihat seakan-akan tidak percaya Nur mati.

Watak sampingan kanak-kanak turut memberi mood sedih dan gembira dalam filem ini.
Watak sampingan didalam filem ini turut hidup dan tak kaku. Seperti watak anak kepada Aidil memang sangat comel dan membuatkan audien tergelak. Watak sampingan yang dipegang oleh Jehan Miskin turut kelihatan hidup. Walaupun babak itu kurang 2 minit tetapi memang nampak fungsinya. Banyak lagi watak sampingan yang memberi rencah kepada filem ini seperti watak ustaz, budak jahat dan macam-macam lagi.

Cons:
Teknik CGI turut digunakan didalam filem ini. Teknik CGI yang digunakan tidak cukup canggih dan adakalanya nampak fake. Di satu babak selepas kemalangan kereta api, asap-asap yang keluar nampak fake dan ada pula seorang Pak Arab kepalanya terbakar turut kelihatan palsu atau fake sangat.

Suara pelakon adakalanya susah untuk kita paham apa yang dikatakan. Seperti dialog dalam bahasa Arab agak kaku. Terdapat juga scene dimana Aidil mengatakan "Abang ada penderma" turut tidak jelas dan membuatkan sebahagian penonton disconnect dengan babak seterusnya. Tetapi babak seterusnya menjelaskan apa yang dikatakan oleh Aidil.

Release Date: 19 May 2011
Language: Malay
Subtitle: Not Available
Genre: Drama
Running Time: 1 Hour 34 Minutes
Director: Kabir Bhatia
Cast: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz

(Source: Cinema Online)

Overall:
Pandangan peribadi aku boleh bagi 8.5/10 bintang. Dan kalau ingin menonton sebuah cerita Epik Cinta, Nur Kasih ni adalah filem terbaik untuk epik cinta. Memang sangat menarik dengan cinematography yang mendatangkan mood dan kelihatan filem ini besar dari segi skalanya.So korang cepat-cepat terjah panggung wayang. Berbaloi sangat dan rasa cerita ni lengkap walau hanya 1 jam 30 minit sahaja. Sekian salam, cheers.

p/s:esok nak tengok Pirate of The Carribean pulak.

11 comments:

Hanis Manis said...

ha lepas tgk nur kasih sekali lagi esok, sila tengok POTC4 jugak eh. hee.

beloghakimy said...

hanis esok back to back... tengok POTC dulu baru tgk Nur Kasih balik... ahahhaha

Nabilah Abu Touhar said...

Nur kasih best kan? budak amani tu comel la dlm cite tu. "sakit sikit ke sakit banyak? nasib baik tak sakit banyak, kalau tak, meninggal cam ummi" huhu.

Cik Nyna said...

semalam dah tgk nur kasih the movie . paling lawak time kemalangan keretapi tu . nampak fake gila api2 dia . cerita tu agak sedih.tp demi mengekalkan kebrutalan depan member2 tahan nangis je la. hehe

Amiey White said...

nak ajak mak tengok :"(

dak eina said...

xleh tgk ;(

aRaN said...

▓▓▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓▓ ▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓ ██░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░█▓▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░████░░██████░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░░░░░░░░░░░█░█░█░░░░█▓ █░░░░░█░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓ ██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓ ▓██░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█▓▓▓ ▓▓▓██░░░░░░░░░░░░░░░░██▓▓▓▓ ▓▓▓▓████░░░░░░░░░░░█▓▓▓▓▓▓▓

aku macam tak layan cite ala-ala Hindustan hahhaahaa

Wuucin said...

huh! igtkn lom tegok , ye2 je ajak...
*nk majok 2 minit ;p

Wuucin said...

huh! igtkn lom tegok , ye2 je ajak...
*nk majok 2 minit ;p

syuhadah azri said...

Memang cadang nak tgk!
Untuk pompuan2,dan lelaki juga yg sensitif kena sediakan tisu sekali Hekhek ;P

nub said...

aku tertidor 20 minit tgok ni..taktaw pasaipa. haha.

ok la..kat arab mmg lagu tu kot api dia. harhar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...