Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU!!!

Sumber: izoblog.com
Aku dengan ini dengan rasa bangga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia. Tanpa guru tak adalah aku boleh tulis belog panjang-panjang. Tanpa guru juga aku mungkin tidak tahu untuk melayari internet. Tanpa guru juga aku tidak tahu cara nak gunakan komputer dan tanpa guru juga aku rasa sekarang ni aku hanya tulis dalam kertas kajang dan lekat dekat dinding sebab tak ada orang nak ajar aku buka komputer. Jadi Terima kasih guru kerana sudi mendidik aku walaupun aku ni nakal sikit. Saranan kepada kerajaan Malaysia. Hari Guru kali ni naikkan lah gaji guru-guru yang rela hati mendidik aku ni. Sekian Salam. SELAMAT HARI GURU!!!.

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU!!!!

Mesti ibu-ibu korang pun suka membebel macam dalam gambar tu. Tapi sebanyak mana pun diorang membebel dioranglah Ibu korang. :)

Salam, aku rasa masih belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari Ibu kepada khasnya ibu aku dan ibu-ibu diseluruh Malaysia. Tapi bak kata Sepah, aku tak boleh sambut hari Ibu sebab aku panggil ibu aku Mak. Bila la pula hari Mak ni aku tertunggu-tunggu jugak. 

Lately aku sangat susah nak update blog sebab dekat rumah aku yang indah lagi permai tak ada internet. Berukband pun beruk sangat susah aku nak update. Tapi aku akan pastikan aku update belog untuk korang semua. Lepas ni aku akan update mengenai:

1. Trip to Sabah Part 1 - Part 3
2. Review Kongsi
3. Review Nur Kasih
4. Review Pirate Of Caribbean (The Stranger Tides)

So korang tunggu la, insyallah dalam sehari dua lagi aku akan update trip aku ke Sabah. Dan movie-movie tu aku akan update review lepas aku tengok. Sekarang musim cuti ni aku kuat sikit tengok movie. Sekian. Selamat Hari Ibu, Salam, Cheers.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...