Salam pembaca-pembaca sekalian, post kali ni aku nak bagitau pasal terdapat suara-suara sumbang yang mengutuk aku tidak tahu mengambil gambar. Aku bukanlah tak tahu ambil gambar, tapi gambar aku ni tak la sehebat mana. Kalau setakat nak ada moments tu memang la ada.Pengalaman tu ada juga la. Aku lebih kepada wedding photography. Nanti aku akan muatkan lagi gambar-gambar kahwin dalam belog aku ni. Aku tau aku perlu kena praktis nak dapatkan moment secara kreatif. Ok ni aku sertakan beberapa gambar perkahwinan yang aku first buat dulu sorang-sorang. Gambar Navy kawin. Jom saksikan dan komen sikit-sikit. hehehehe.
Untuk makluman, gambar ini diambil awal tahun 2009 kalau tak silap dalam bulan 3. Kiranya aku dah berkecimpung dalam bidang fotografi perkahwinan ni adalah dalam 1 tahun 7 bulan secara rasmi la. Secara tak rasmi lebih 2 tahun.Sekian sahaja. Cheers.
KLIK KLIK KLIK !!!
Thursday, October 21, 2010
SIAPA KATA AKU TAK TAHU AMBIL GAMBAR!!!!
Labels:
Photography,
Tentang aku
SANTO DE ANGELO
| Aku, Abangku Aydel, & Santo |
| Santo buat muka idiot |
| Santo terpegun melihat handphone aku |
Santo ni kuat bercerita orangnya. Cerita yang paling aku minat adalah cerita bagaimana dia dapat first sportbike dia, Yamaha African Twin. Dia ni masa tu kerja sebagai pegawai keselamatan aka body guard seorang orang kaya dekat German ni. Satu hari orang kaya tu jemput dia untuk melihat stor orang kaya tu. Mula-mula dia ingat dia kene kemas stor tu tapi lain pula jadinya. Si Santo ni tergamam apabila melihat lebih 50 buah motor berkuasa tinggi dalam stor tu. Dia masuk dan tertarik dengan motor Yamaha African Twin tu. Kemudian bos die cakap,
"Santo ambil la motor tu, saya hadiahkan kat kamu"(dalam bahasa german)
Apa yang Santo reply adalah,
"Tak, saya tak boleh ambil, saya bekerja dengan tuan dan saya tidak boleh menerima hadiah daripada tuan saya".
Gila la, orang nak bagi free boleh pulak dia tak nak. Tapi akhirnya, bos dia bertanya berapa duit yang ada dalam beg duit dia. Duit yang dia ada dalam sekitar 1000 euro. So dia bagi kat bos dia dan bos dia pun bagi motor tu. Kalau korang nak tau harga motor tu lebih kurang 10000 euro tau. hahaha.
Moral of the story, kita jangan mudah menerima hadiah daripada orang lain. Sekurang-kurangnya bayar sikit pun tak pa. Sebab kalau kita tengok rahsuah yang berlaku kat Malaysia ni, semua berpunca daripada tangan-tangan yang mudah menerima hadiah daripada orang. Last-last terima hadiah juga iaitu gari di tangan. Renung-renungkan lah. Sekian wasalam. Cheers.
Labels:
Tentang aku
Subscribe to:
Posts (Atom)






