Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Sunday, October 24, 2010

HAKIMY WARDROBE PART 1!!!!

Hello readers semua, hari ni aku akan tunjukkan sedikit koleksi pakaian aku yang terbaru.Aku akan muatkan dalam beberapa post setiap sejam. Malas tulis panjang-panjang, tengok je gambar-gambar ni.

SHIRT FROM ZARA MAN

ZARA MAN - Baju simple tapi looks elegant kalau pakai. Boleh dilipat jadi short sleeves dan still kelihatan menarik.Kualiti kain untuk baju ni juga aku respek sebab sedap dan sungguh lembut apabila dipakai.

Tag dia simple tapi menarik. Memang nampak exclusive.

Aku suka part ni sebab dia punya shoulder clamp ni ada satu layer tambahan warna maroon. Menonjolkan baju yang simple ni.

Poket hadapan yang kemas serta jahitan yang menarik. Tidak berserabut.

Overall aku bagi:4/5 bintang untuk baju ni.

Baju Zara Man ni sesuai untuk dipakai ke kuliah, tempat kerja mahupun jalan-jalan sebab kelihatan simple dan elegant. Aku beli dekat butik Zara Man KLCC. Next Shirt pada next post (Part 2). tungguuuuuuu. Cheers.







PENAT SHOPPING!!!!

Salam readers semua, aku just balik daripada Pavilion. Memang macam-macam barang yang aku minat. Dekat Quiksilver ada satu, Topman, Cotton On, Fossil, banyak lagi la.

Tapi aku tak beli satu pun, aku just shopping menggunakan mata aku. hehehehe. Aku suka barang-barang tu tapi aku malas nak beli. Sebab apa, ni aku nak bagi tips kat korang sikit macam mana nak pilih barang dan masa sesuai untuk shopping.


Tips shopping:
1. Survey harga dan barangan sebelum membeli. (biasa dah orang buat)

2. Jangan shopping masa gaji baru dapat. (nanti habis semua gaji)

3. Shopping hanya pada masa SALE. (baru jadi orang kaya boleh shopping barangan branded harga murah)

4. Kalau nak beli barangan branded, pastikan beli di butik yang sah. (tidak digalakkan beli barangan di butik yang bercampur-campur brand)

5. Kalau boleh kalau nak shopping list kan barangan dan jangan bawa kawan. (kalau tak list takut beli terlebih, kalau bawa kawan takut kena racun dah terlebih beli jugak).

6. Cek/periksa dulu barangan yang hendak dibeli. (takut ada rosak kalau boleh mintak yang dalam stok bukan display item).

7. Hanya pergi kedai yang anda rasa mampu. (jangan menggatal kalau tak mampu, nak beli beg pergi butik Coach, LV dan Prada).

8. Sediakan budget secukupnya hanya untuk barangan yang ingin anda beli dan duit makan serta parking kereta. (takyah bawa duit lebih banyak nanti habis pun banyak).

9. Kalau nak beli barangan murah/cetak rompak, pastikan kualiti tiptop dan tidak nampak sangat tiruan. (yang ni baru orang cakap barang ko semua ori).

Aku rasa tu sahaja tips yang aku dapat berikan. Tak banyak tapi agak berguna juga sebab semua tu berdasarkan pengalaman aku la. Next post aku akan upload gambar-gambar barangan yang aku shopping masa SALE hari raya dulu. Cheers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...