Salam, mungkin agak kontrovesi apa yang aku akan tulis hari ni. Tapi aku tulis ada sebabnya dan sebabnya sangat signifikan dengan apa yang berlaku sekarang ni. Melayu mudah dijajah?? betul ke?? betul tak betul kita baca sama-sama.
Dulu apabila British menjajah Tanah Melayu, siapa yang jadi tali barut British?? Melayu juga. Undang-undang sekarang ni yang ada dekat Malaysia, siapa yang kekalkan?? Melayu juga. Kenapa semua ni mesti melayu?? Mudah sangat ke pemikiran orang melayu ni dijajah berbanding bangsa lain??
Dekat Malaysia ni ada banyak parti politik. Tapi korang tengok sendiri parti politik mana yang selalu bergaduh dan menghiasi surat khabar kat Malaysia ni. Parti politik orang melayu juga. UMNO gaduh sama PKR dan PAS. Ada korang tengok MCA atau MIC gaduh besar-besaran dengan DAP?? tak ada semua tu. Melayu juga jadi mangsa.
Kalau dulu cuma ada satu pilihanraya di Malaysia iaitu pilihanraya DUN & PARLIMEN. Sekarang ni ada pula pilihanraya ketua kampung dan pilihanraya masjid. Pilihanraya ni semua dilakukan dalam kawasan orang Melayu. Melayu lagi kena. Cuba korang fikirkan sejenak kenapa Melayu ni mudah sangat dijadikan bahan ujikaji atau tikus makmal??
Kalau dulu, Malaysia ada 3 parti politik Melayu yang aku boleh katakan cukup stabil. UMNO dengan matlamat bangunkan melayu, PKR dengan matlamat mambangunkan rakyat, PAS dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara islam. Aku tengok ketiga-tiga ni dah cukup stabil dalam mengimbangi struktur orang Melayu di Malaysia. Tup tup baru-baru ni, PAS tukar pulak ke arah negara kebajikan. Bukan ke kebajikan tu PKR dan UMNO dah buat. Dah jadi tak stabil balik. Ni semua sebab apa, sebab Melayu gila kuasa. Nak sangat berlari ke Putrajaya tu.
Melayu tak bersyukur pulak dah. Pelajar Melayu diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke India boleh tak puas hati. Sebab apa, kenapa dia dapat 9A tak plus tak dapat pergi Ireland ke London ke. Ape punya orang da. Dah dapat biasiswa pun nak kecoh-kecoh lagi. Ada juga yang dah dapat masuk universiti dekat Malaysia ni tak puas hati juga sebab tak dapat pergi oversea. Salahkan kerajaan, salahkan JPA salahkan semua orang kenapa tak dapat pergi oversea. Kita kena ingat, kalau kita pandai, ada orang lagi pandai dari kita.
Mentaliti kebanyakan orang melayu. Jangan kawan dengan bangsa lain nanti sesat macam diorang. Cuba bagitau, Professor mana yang cakap macam tu?? Aku rasa kalau berkawan dengan bangsa lain lagi bagus. Sebab kita dapat belajar macam-macam dari diorang. Bila dah belajar, senang untuk kita jalankan kehidupan seharian. Soft skills pun akan bertambah. Sedangkan Rasullulah SAW bersahabat dengan mereka yang bukan beragama Islam. Jadi tiada masalah untuk kita bergaul tetapi kena tau batasannya.
Satu lagi mentaliti orang Melayu yang tak pernah berubah. Kalau nampak orang Melayu lain maju kerja nak cantas je. Cuba jadi macam orang Cina berniaga. Kalau nampak orang Cina lain maju, diorang kan cuba lawan sampai maju macam tu. Tak perlu bomoh atau tangkal. Tak perlu jatuhkan orang untuk naik. Lagi bagus kalau sama-sama naik. Yang penting bisnes plan untuk maju macam orang lain.
Aku pun bukan seorang Melayu yang sempurna. Apa yang aku tulis pun berdasarkan pengalaman aku dan sedikit sebanyak ada juga dalam diri aku ni. Tapi walau macam mana pun, Melayu perlu berubah. Berubah kearah kebaikan. Aku pun ondaway nak berubah. Kalau tak, sampai bila nak tengok bangsa sendiri bercakaran. Sekian dari aku, Salam, Cheers.
KLIK KLIK KLIK !!!
Thursday, June 9, 2011
Wednesday, June 1, 2011
X-MEN FIRST CLASS FULL REVIEW (BM)
Hello and good day. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok X-Men kan. But guess what, im the lucky one to watch this movie 2 days earlier than ordinary citizen. Nak senangkan cerita, aku dapat invitation untuk menonton special screening X-Men ni bertempat di TGV KLCC pada 31 Mei jam 9.00 malam. Credit to Alieya Zafirah sebab invite aku. Special screening atau tayangan perdana ni telah di taja oleh The Score Magazine. The Score ni adalah sebuah majalah berbahasa inggeris dan berunsurkan hiburan. Nak tau pasal majalah ni boleh check out FB diorang dengan menaip The Score Magazine.
![]() |
| Tiket dari The Score Magazine. Thanks tu Alieya sebab ajak aku. |
![]() |
| Sebelum tayangan ada cocktail dengan hidangan ice lemon tea dan makanan sikit. Tapi aku tak sempat makan apa-apa sebab dah lambat. |
Storyline:
Back to the X-Men. Sekual X-Men kali ini menceritakan sejarah atau asal usul X-Men itu tersendiri dengan pengasasnya iaitu Professor Charles Xavier aka Professor X. Filem ini mengisahkan bagaimana Charles Xavier (James McAvoy) dan Erik Lensherr (Micheal Fassbender) mendapat nama Prof. X dan Magneto dan juga bagaimana mereka boleh menjadi musuh antara satu sama lain. Charles adalah seorang anak bangsawan di England dan bertemu dengan Raven (Jeniffer Lawrence) secara tidak sengaja semasa Raven mencuri makanan dirumahnya. Semenjak dari itu, Charles telah menjadikan Raven sebagai adik angkat kerana berkongsi sifat Mutan.
Erik pula mempunyai misi tersendiri iaitu ingin membunuh Sebastian Shaw iaitu orang yang telah memanipulasi dirinya serta membunuh ibunya. Ibu Erik terbunuh kerana Erik tidak dapat menunjukkan kuasanya semasa dipaksa oleh Shaw. Misi antara ingin membunuh Sawn kerana dendam turut disertai secara tidak sengaja oleh Charles Xavier dan Raven kerana mereka berdua dalam misi bersama CIA untuk menangkap Shaw.
Shaw merupakan seorang Mutan yang mempunyai kuasa untuk menyerap semua jenis kuasa dan mempunyai cita-cita untuk menakluk dunia untuk dijadikan sebuah negara Mutan.Shaw memulakan misi jahatnya dengan niat ingin melaga-lagakan dua kuasa besar iaitu Amerika dan Soviet dengan perang nuklear. Misi untuk menangkap Shaw menemui kegagalan kerana Shaw serta pengikutnya iaitu Azazel, Emma Frost dan Riptide berjaya meloloskan diri mengunakan kapal selam buatan Shaw.
![]() |
| Casting from left: Erik, Moira, Emma, Azazel, Beast, Alex, Angel, Raven, Charles Xavier. |
Mulai saat itu, Charles dan Erik telah bekerjasama dengan Hank/Beast untuk mencari mutan-mutan untuk direkrutkan bagi misi menangkap Shaw. Disitu mereka mula menjumpai Sean Cassidy (Banshee), Armando Munoz (Darwin), Alex Summers (Havok) dan Angel. Nama gelaran mereka serta Prof X dan Magneto diperolehi semasa mereka sedang berborak memikirkan nama yang sesuai dengan kebolehan mereka.(Charles & Erik tiada bersama mereka kerana sedang menjejaki pertemuan Shaw dengan wakil Soviet).
Semasa mereka berborak, Shaw serta pengikutnya telah mengesan aktiviti Charles Xavier merekrut mutan. Sawn telah bertindak menyerang ibu pejabat CIA dimana mutan tadi direkrutkan. Akibatnya, Darwin mati ketika ingin menyelamatkan Angel. Angel telah berpaling arah untuk mengikut Shaw. Charles kemudiannya membawa mereka yang tinggal iaitu Erik, Raven, Havok, Banshee serta Beast kerumah agamnya untuk menjalani latihan bagi misi menangkap Shaw.
Rusia (Soviet) telah menghantar warhead nuklear ke Cuba bagi menakutkan Amerika. Pihak Amerika menghantar kapal tentera bagi menghalang kapal kargo membawa nuklear tersebut. Pihak soviet turut menghantar kapal perang bagi menjaga kapal kargo itu. Charles dan ahli kumpulannya telah berusaha mengelakkan perang dunia ke-3 meletus jika kapal kargo itu sampai ke destinasinya. Charles telah masuk kedalam minda seorang pegawai tentera soviet dan menembak misil untuk memusnahkan kapal kargo tersebut.
Banshee telah diarahkan oleh Charles untuk mengesan kapal selam Shaw mengunakan kuasa sonarnya. Erik pula ditugaskan untuk menarik kapal selam Shaw ke darat. Kapal terbang buatan Beast turut terkena kapal selam itu dan terhempas bersebelahan kapal selam. Charles menggunakan kuasanya bagi mengesan kedudukan Shaw didalam kapal selam itu. Erik berjaya menjumpai Sawn dan dengan bantuan Charles dia membunuh Shaw. Shaw memakai sebuah topi yang direka khas oleh soviet bagi mengelakkan mindanya dibaca dan dipengaruhi oleh telepath seperti Charles dan Emma Frost.
Dari situ Erik mendapat topi atau helmet yang mengelakkan fikirannya dibaca. Setelah Shaw berjaya dibunuh, pihak Amerika dan Soviet berpakat untuk membunuh mutan aka Charles and the geng. Erik telah mematahkan serangan mereka dan membalikkan peluru dan misil kepada kapal perang amerika dan soviet. Charles cuba menghalang tetapi dibelash oleh Erik. Moira iaitu agen CIA yang mengikuti misi mereka telah menembak kearah Erik. Tampanan peluru Moira oleh Erik telah terkena saraf tunjang Charles. Itu yang menyebabkan Charles (Prof X) berkerusi roda.
Di akhir filem, Erik telah mengajak mereka yang ingin berjuang untuk memerangi manusia. Antara yang mengikuti Erik adalah Raven. Charles dan pengikut-pengikutnya telah menubuhkan sebuah institusi bagi mutan. Dari situ, nama X-Men diambil sempena nama Professor X dan orang-orangnya.
Pandangan peribadi:
Kesemua cerita X-Men bermula dengan plot-plot yang agak slow dan banyak berdrama. Tidak seperti filem-filem aksi lain. Filem X-Men First Class merupakan pelengkap kepada sekuel-sekuel sebelum ini dimana menceritakan secara keseluruhan mengenai kewujudan X-Men. Jalan ceritanya mudah dan senang untuk difahami. Filem ini menokok tambah isu realiti seperti isu perang nuklear (Cold War) antara amerika dan soviet. Bagi penonton, watak Prof X dan Erik merupakan watak utama dalam X-Men First Class dan memberi impak signifikan terhadap filem ini.Kekurangan bagi filem X-Men seperti biasa adalah watak yang terlalu banyak dan mengelirukan kerana babak mereka terlalu sikit dan tidak menonjol. Kaedah CGI yang digunakan turut kelihatan biasa dan tidak nampak seperti real. Terdapat kesan CGI yang menggunakan kaedah yang telah ketinggalan zaman dan tidak setaraf filem Hollywood. Tetapi masih boleh dimaafkan. Watak asal seperti Cyclops, Storm, dan Pheonix tiada didalam sekuel kali ini. Watak mereka ini adalah watak yang cukup signifikan terhadap filem X-men sepatutnya diketengahkan dalam filem ini.
Keseluruhan:
Overall aku bagi 6.5/10 bintang (revise overall 7/10 bintang) bagi filem X-Men First Class ni. Apa yang boleh dibanggakan adalah pengolahan watak Charles Xavier aka Prof X yang menjadi antara ikon utama dalam X-Men. So bagi peminat X-Men, boleh mula terjah panggung Khamis ni. Still terbaik dari segi aksi dan jalan cerita yang seakan-akan kejadian sebenar yang berlaku di dunia ini. Sekian, Salam.
Labels:
review
Subscribe to:
Posts (Atom)



