Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, April 22, 2011

KANTIN VS KAFE

Tengah lapar ni teringat plak kantin aku dekat sekolah dulu. Mesti korang ingat aku pelik tiba-tiba ingat pasal kantinkan. Maybe kebanyakan kita mengalami nightmare dengan kantin sekolah, tapi bagi aku lain plak. Kantin aku masa sekolah aku boleh kategorikan dalam dalam kelas A. Aku dulu sekolah dekat Penang Free School (PFS). Kalau orang lain kantin ada satu kedai lepas tu jual pulak nasi lemak je tiap-tiap hari, tapi bagi aku satu situasi berbeza.

Kantin PFS masa aku belajar dulu berkonsepkan food court. Bukan senang nak cari food court dekat sekolah. Adalah dalam 8 - 10 kedai kalau tak silap aku. Cakap ja nak apa semua ada. Nak nasi kandaq lauk telur dadar kerang pun ada, nak char kuey teow pun ada jugak. Tak adalah aku kena makan nasi lemak je hari-hari. Kantin aku ni betul-betul 1Malaysia sebab ada ruangan peniaga Melayu, Cina dan India. Semua di bawah satu bumbung. Tapi sekarang aku tak sure macam mana keadaan kantin PFS sebab dah 6 tahun tak melawat.

Ni la kantin dekat PFS, cafe ni memanjang sampai la ke hujung tu. Banyak kedai dan pilihan makanan. Credit: famouschris.com
Tapi lain pula cerita tentang cafe. Aku dulu belajar dekat Matrikulasi Pahang. Adalah satu cafe sebelah blok aku yang kitorang panggil cafe A1. Cafe ni memang cukup meluatkan dan juga pengotor tahap maha dewa. Korang boleh bayangkan tak kalau lalat masuk dalam lauk, diorang amik lalat tu guna tangan je. Dah la tadi tangan tu baru kutip sampah. Macam HELL. Satu lagi, cafe ni punya celaka anak haram, dah tau budak matrik ramai dia masak ciput je. Mula la dah malam sikit aku jadi macam anjing pengemis masuk dapur merayu diorang masak telur atau ayam goreng. Lepas tu diorang buat muka kerek. Kalau kebersihan jangan cakap la. Lantai berkerak, pinggan tak basuh bersih, lalat terbang sana sini, pekerja tulah cleaner dia juga buat burger dia juga jaga kaunter, serius shit mengelikan.WTH.

Tapi cafe jahanam ni akan tetiba jadi macam restoran first class bila Jabatan Kesihatan datang nak buat pemeriksaan. Masa tulah kalau korang nak makan steak, chicken chop, mix salad ke semua ada. Dia punya bersih jangan cakap la, nak cari lalat terbang memang jauh sekali, lantai macam baru tukar tiles, dapur berkilat ja. Ni la masalah peniaga di Malaysia. Bila dah nak kena rush dengan Jabatan Kesihatan baru la semuanya tip top.Serius perangai macam HELL.

Aku dah taknak tulis lagi, sebab makin panjang aku tulis makin banyak caci-maki dan dosa aku buat. Kepada peniaga kantin atau cafe, lebih-lebih lagi di sekolah, matrik atau universiti, jagalah tahap cafe korang, bagi makanan yang berkhasiat dekat student-student sebab kami ni student bukan stupid. Keuntungan berniaga cafe dan kantin ni memang sentiasa ada sebab dah korang monopoli kawasan tu. So apa bagi la yang terbaik. Utamakan kebersihan sebab kitorang tak nak makan nasi lemak 50 sen berlaukkan lalat masak sambal. Sekian sahaja, salam, Cheers.

7 comments:

DiyanaMukhtar said...

kadang2 memerut gak makan makanan kafe dalam ukm ni..

beloghakimy said...

hahaha... kafe UKM paling teruk KKM.. hhehe.. kajai second teruk.. haahhaha..

IQBAL ZARIN said...

lol... KMPh kee... aku setuju. kafe A1 teruk gilee..... cam haram. hahaha

Cik Esah said...

salam.

anda masih beruntung kiranya.
kafe disini satu ketika dahulu mungkin lebih teruk dari cerita.
dengan ulat di dalam sayur,
lauk kadang - kdang basi
telur lalat tak payah cakap. mual pun tak payah cakap.
but now. alhamdulillah.tak ade lah makan nasi berlaukkan telur lalat dan bersayurkan ulat sayur!

~ i K i N ~ said...

hurmmm~ stakat nih, sume kantin n cafe yg aku pegi sume ok je mknn sedap2... dari zaman sekolah, matriks KMNS, smpai masuk ukm.. alhamdulillah xjmpe pengusaha kantin n cafe cmtu...

mane la aku x kembang kan kimy~
haha!

Tinta Lana said...

hah, kafe mcm ni belambak kt malaysia neyh hakim..bile health dprtmnt dtg bru tekocoh2..bukn cafe je, bnyk kedai2 mkn, restorn kt luar pon.. luar je nmpk cntik..skali gi dapor...cam hareemmmmm,hik3

hafiz amin said...

thanks hakim..teringat kantin sekolah tetiba! lansung google,keluaq gambaq ni..mmg seperti dikata..kantin PFS adalah kantin terbaik..haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...