Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, August 5, 2011

POLITIK RASIS KOTOR DAN MENYUSAHKAN!!!


Salam, aku dah berhenti menulis mengenai artis atau mereka yang bajet artis dekat dalam belog aku buat seketika. Kali ni aku nak menulis mengenai kewujudan politik yang semakin kotor dan rasis di Malaysia ni. Adakah sebab slogan 1Malaysia menyebabkan ini berlaku??

Artikel kali ni aku nak ulas serba sedikit tentang iklan atau pesanan khidmat masyarakat yang dikeluarkan oleh Media Prima. Iklan tersebut memaparkan tingkahlaku kurang sopan seorang berbangsa Cina di bazar Ramadhan. Hebat diperkatakan sana sini kenapa memilih masyarakat Cina untuk menjadi pelakon didalam iklan ini dan bla bla bla. Takkan nak tunjuk orang Melayu makan dekat bazar Ramadhan masa bulan puasa pakai sexy-sexy kot. Use you brain la politician. Iklan tu moralnya adalah untuk memberitahu bangsa-bangsa lain supaya menghormati bulan Ramadhan dimana masyarakat Melayu dan orang Islam berpuasa. Bukan nak mengaibkan mana-mana bangsa. Iklan atau PSA(Public Service Announcement) dicipta hanyalah sebagai contoh membina.

Kalau setiap iklan di Malaysia ni dijadikan modal politik sesetengah pihak, maka susah untuk masyarakat belajar sesuatu melalui media arus perdana seperti siaran TV. Kenapa tak orang Melayu terpekik terlolong marah apabila iklan Mat Rempit di Malaysia ditayangkan. 100% dalam iklan tu yang menjadi Mat Rempit adalah Melayu. Ini jika di samakan dengan iklan Bazar Ramadhan tu kiranya mengatakan semua Melayu, Mat Rempit yang jahanam perangainya. Kenapa perlu dilihat dengan warna kulit atau bangsa seseorang. Lihat secara mendalam dan hayati pesanan yang nak disampaikan.

Jika sekarang ni ada pihak yang menangguk di air yang keruh. Tidak mustahil lebih ramai lagi yang akan berbunyi mengenai isu ini. PSA dicipta melalui realiti, jadi lihatlah realiti itu sebagai satu medium untuk kita belajar. Melayu, Cina dan India sekalipun, kita tetap rakyat Malaysia yang mempunyai My Kad berwarna Biru. Kita rakyat Malaysia tak perlu mengambil kesempatan atas kepentingan politik sesetengah pihak. Jangan disebabkan roket, bulan penuh bulan sabit, dacing atau sebagainya menjadi bahan pengukur untuk memainkan sentimen rasis.Senang cerita, pergi mampus dekat politik rasis, kotor dan menyusahkan. Jangan hendak dimulakan apa yang negara Barat telah tamatkan. Black, Yellow or White tak penting, yang penting adalah hati kita sebagai seorang manusia. Sekian, salam, Cheers.


p/s: aku ingatkan Media Prima keluarkan iklan Freemason lagi. Rupa-rupanya iklan puasa. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk muslimin dan muslimat tak kira berbangsa Melayu, Cina atau India.

p/s 2: orang dekat Malaysia ni, kalau keluar isu ilmiah mesti kurang yang membaca. Cuba isu Khairul Fahmi, Nora danish atau Neelofa keluar, bukan main mencanak orang baca. :) Peace Yo!!

3 comments:

ashraf said...

orang yg ade MyPR pun ada MyKad biru, apa cerita? haha

beloghakimy said...

Yang tu politik la tu.. Sebab tu politik ni jijik nak mampus.. hahahahaha

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Biasa la 2 manusia ne mcm2..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...