Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Friday, August 5, 2011

SENANG KE NAK MERDEKA NI??

Nothing Is Impossible
Senang ke nak merdeka?? Sempena bulan kemerdekaan ni, aku nak tulis satu artikel mengenai kemerdekaan. Budak-budak sekarang ni tak nampak langsung apa tu kemerdekaan sebenarnya. Sebab mereka adalah generasi yang dah senang. Memang macamtu aku tengok tak terkecuali diri aku ni. For some reason, aku baru pulang dari Vietnam. Vietnam adalah negara yang sedang membangun dari kancah peperangan. Dekat sana aku tengok sangat lain dari di Malaysia.

Jika dilihat, bila aku buka mulut untuk bersembang dengan remaja-remaja sebaya dengan aku, diorang semua akan cakap, bukan senang untuk mendapat kemerdekaan. Bukan macam dekat Malaysia, kalau tanya 1 juta remaja pun, hanya segelintir yang boleh menghargai kemerdekaan. Di Vietnam, tak kisah berapa susah hidup diorang, diorang tetap berusaha atas daya usaha sendiri untuk berjaya. Tak perlu subsidi atau bantuan. Hatta pergi ke hospital kerajaan pun kena bayar macam klinik swasta dekat Malaysia. Purata gaji bagi seorang disana diantara 100-300 USDollar sebulan. Sikit sangat tapi diorang tetap bersyukur.

Apa yang aku sangat terharu apabila aku bertanya isu pengemis. Apa yang biasanya dijawab oleh rakyat Vietnam adalah mereka tidak perlu meminta-minta, mereka perlu berusaha sendiri untuk peroleh sesuatu. Buat apa nak minta dekat orang, banyak mana pun dapat kadang-kadang tak nampak terus je habis.Ni bukan aku yang cakap tapi budak berumur 13 tahun yang cakap. Korang jangan terperanjat pulak tengok tiap kali aku tanya diorang jawab dalam bahasa Melayu. Ni aku dah translatekan untuk tatapan pembaca-pembaca belog ni.

Kesan peperangan amat mendalam untuk rakyat Vietnam. Mereka pernah tinggal didalam tanah berkeluasan 3 meter x 3 meter dan terowong muat-muat untuk seorang merangkak 24 jam sehari. Apabila kemerdekaan diperolehi, mereka membangunkan negara mereka mengikut acuan sendiri. Tidak perlu Amerika atau negara-negara lain membantu, mereka boleh berdiri sendiri. Kalau korang tengok penyeksaan yang dialami memang sangat mengerunkan. 


Kepada rakyat Malaysia khususnya remaja-remaja sekarang ni, hargai sedalam-dalamnya kemerdekaan yang dikecapi. Mungkin kemerdekaan ni sudah tidak lama. Bau-bau kuasa asing mula menular di Malaysia. Jangan biarkan sebarang petualang bangsat asing memimpin kita. Biar kita pimpin diri sendiri. Carilah kebaikan didalam setiap kejahatan. Aku selitkan beberapa gambar mengenai Vietnam dalam entri kali ni.Sekian, Salam Cheers.


Mampu tak korang merangkak untuk pergi mana2 dalam lubang besar ni??

Walau dimana jua, mereka tidak mengemis tetapi berniaga. Ni namanya warung Kopi.

Ni pintu rumah korang dekat Vietnam. Sanggup masuk ikut sini?? Mengeluh panjang la nampaknya.
Kalau korang dikejar oleh askar Amerika untuk dibunuh. Sanggup tak korang masuk dalam lubang ni?? budak sekarang dengan obesitinya ntah muat ke tak masuk lubang ni.


5 comments:

ishiko said...

sekarang dapat la kita brsyukru jd rakyat Malaysia.. nanti2 tak tahu la..

Unknown said...

macam lubang hobbit pulak naa. gmbaq tu. haha

merdekakan diri dan negara. harhar

Charred Cirikwong said...

semangat aku baca entry hg...kita anak malaysia xpanh rasa pon susah pyh cm nie..nsb bek la aku n aran xlahir kat vietnam msa 2..law x,mcm mana aku nk msuk lubang sekecik itu!!1hahaa..merdeka!I LOVE MALAYSIA..:)

Atiqa Arazmi said...

belog kaka hering da tade kat dunia nieh lagi. huhu.. die suda delete daaaa!

Nazirul Suhaimi (Razi Suhaimi) said...

wah..tak sangka wujud benda macam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...