Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Monday, December 27, 2010

MALAYSIA 3-0 INDONESIA FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 FIRST LEG TAHNIAH!!!!!

Bersama geng blog aku iaitu Aran(AkuSerabut) dan Iznul(EI&E).





Salam pembaca sekalian. Tadi aku dan rakan-rakan aku yang bersemangat waja ni turun ke Stadium Bukit Jalil untuk menyokong pasukan kebangsaan. Nyata sokongan kami tidak sia-sia apabila Malaysia mudah menundukkan Indonesia 3-0. Memang puas sampai peluk orang sebelah ntah tak kenal sapa. Apa yang lagi best, seawal jam 4.30 petang kitorang dah terpacak dekat stadium. Penyokong Indonesia dah memenuhi tempat duduk diorang dan aku ingat penyokong Malaysia tak ramai. Tapi jam 7 malam keseluruhan stadium penuh dengan penyokong Malaysia.

Penjajahan tempat duduk pun berlaku sebab tak cukup tempat duduk. Semua tempat duduk Indonesia yang kosong penyokong Malaysia jajah. Padan muka. hahahahaha. Apapun tahniah Malaysia sebab menunjukkan permainan yang sangat menarik dan tidak menghampakan kami semua. Sedikit info mengenai perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Indonesia:


Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.
Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.
Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Tahniah sekali lagi buat Malaysia. Untuk pengetahuan korang juga, kemungkinan pusingan akhir kedua tidak akan diadakan di Indonesia kerana penyokong Indonesia merusuh semasa membeli tiket di Indonesia dan mengakibatkan beberapa kemudahan di stadium rosak. Untuk berita selanjutnya lihat di Berita Harian.

Next post aku aku akan cerita mengenai Typical Malaysian bila tengok bola. tunggu. Sekian, Salam, Cheers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...