Selamat malam semua, seperti yang aku janjikan aku akan buat review untuk filem Narnia 3 ni. Aku memang baru sangat balik dan sampai rumah, buka komputer terus menaip. Okey secara keseluruhannya filem ini memuaskan dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Filem ni boleh dikatakan antara filem ringan dari segi jalan cerita tapi tetap menarik ditambah pula dengan suasana pelayaran dari Narnia sehingga Negara Aslan (Aslan Country). Misi mereka dalam pengembaraan kali ini adalah untuk mengumpul kesemua 7 pedang Narnia dan menghapuskan kuasa jahat.
Permulaan filem:
Narnia seperti biasa dalam filem terdahulu mengetengahkan konsep suprise atau kejutan untuk memindahkan watak-watak Narnia dari dunia sebenar ke dunia Narnia.Elemen pemindahan ini berlaku apabila sebingkai gambar laut telah mengeluarkan air laut dan memenuhi ruang bilik. Apabila mereka berenang untuk ke permukaan mereka sampai di dunia Narnia dan diselamatkan oleh Prince Caspian dan krew-krewnya. Kelainan pada Narnia 3 adalah pengurangan watak utama daripada 4 kepada hanya 2 tetapi ditambahkan dengan watak lain. Ini bermakna watak abang dan kakak iaitu Edward dan Susan telah dimatikan kerana mereka telah dewasa dan tidak lagi sesuai untuk kedunia Narnia. Untuk pengembaraan kali ini, hanya Edmund, Lucy dan turut disertai sepupu mereka iaitu Eustace.
Prince Caspian & Edmund berlatih lawan pedang. |
Mereka berhenti di sebuah kepulauan yang didominasi oleh pedagang-pedagang hamba. Disitu, Edmund,Lucy, Prince Caspian dan Eustace ditangkap dan ingin diperdagangkan. Semasa didalam tahanan, Edmund dan Prince Caspian terlihat kejadian aneh iaitu sebilangan orang telah dilenyapkan oleh kabus berwarna hijau. Mereka akhirnya diselamatkan oleh krew-krew Dawn Treader(Kapal Prince Caspian).
Selepas beberapa ketika meneruskan perjalanan, mereka berhenti bermalam di sebuah pulau yang didiami oleh makhluk berkaki 1 halimunan. Disitu mereka telah berjumpa dengan seorang ahli sihir baik yang membantu mereka memberi klu serta petunjuk jalan untuk ke Pulau Aslan dan mereka dikehendaki meletakkan ketujuh-tujuh pedang ajaib diatas meja Aslan untuk menghapuskan kejahatan yang menyelubungi Narnia. Beberapa kejadian lagi yang berlaku sebelum mereka sampai ke pulau menempatkan meja Aslan. Kalau ingin tahu silalah ke pawagam.
Edmund, Lucy, Aslan, Eustace & Reepicheep di sempadan Negara Aslan |
Mereka berjaya mengumpulkan ketujuh-tujuh pedang tersebut dan berjaya menghapuskan kuasa jahat yang dibantu oleh sepupu Edmund & Lucy iaitu Eustace. Mereka telah bertemu dengan dunia Aslan dan berjumpa Aslan di satu kawasan dimana kawasan itu boleh digambarkan seperti sebuah pantai dengan ombak surfing yang terkawal. Aslan telah memberi jalan untuk Edmund, Lucy dan Eustace pulang ke dunia asal mereka.
Review Watak:
Edmund: Seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 16 tahun.Edmund ingin menyertai tentera tetapi gagal. Semasa di Narnia ketakutan yang paling ketara pada Edmund adalah Puteri jahat yang menghantui hidupnya semasa dalam filem Narnia 2. Pandai bermain pedang dan telah dikurniakan pedang yang dahulu milik abangnya Edward oleh Prince Caspian. Overall bagi watak Edmund aku bagi 8/10 bintang.
Lucy: Seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 13 tahun. Lucy ingin memiliki kecantikan seperti kakaknya Susan. Watak Lucy dalam Narnia 3 agak tenggelam kerana kurangnya aksi. Lucy juga kelihatan selalu menjaga seorang budak perempuan iaitu anak kepada kelasi kapal Dawn Treader.Lucy dan filem ini hanya tertumpu kepada ingin menjadi jelita seperti kakaknya sahaja. Overall bagi watak lucy aku bagi 6.5/10 bintang.
Eustace:Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan 15 tahun. Tidak suka kepada kedua-dua sepupunya yang tinggal dirumahnya. Terlalu berlagak dan bangga tentang dirinya. Tidak mempercayai kisah legenda seperti Narnia.Watak yang agak menjelekkan dipegang oleh Eustace. Didalam Narnia pernah disumpah menjadi seekor naga emas dan membantu dalam pelayaran Dawn Treader. Watak Eustace dilihat lebih ditekankan dalam filem Narnia 3. Eustace boleh dikatakan Hero Pembantu dalam Narnia 3 kerana berjaya menolong menyatukan ketujuh-tujuh pedang ajaib. Overall bagi watak Eustace aku bagi 7.5/10
Overall Review:
Secara keseluruhannya, filem ini sekadar memuaskan. Kekurangan unsur-unsur aksi yang penuh mendebarkan telah mengurangkan kekuatan bagi filem ini. Namun harus dipuji dari segi CGI yang tidak pernah menghampakan walaupun mempunyai kekurangan pada permulaan cerita ini. Lawak yang ditonjolkan pula kurang difahami oleh rakyat di Malaysia ni. Aku kadang-kadang tergelak sorang-sorang masa tengok cerita ni. Bagi aku filem ni sesuai ditonton untuk seisi keluarga dan bagi sesiapa yang telah menonton Narnia 1 & 2, korang tidak boleh terlepas menonton Narnia 3 kerana ini mungkin sekuel terakhir Narnia. Aku just nak sarankan bagi sesiapa yang nak tonton filem ni silakan. Secara keseluruhan aku beri 3.5/5 bintang bagi sebuah filem mitos lagenda ni. Sekian dari aku, Salam & Cheers.
3 comments:
sabtu nih mau pegi tgk.
hooyeahhh3~!
ramai org ckp citer nie kurang syok...
kalu org yg xtgk the previous sequel tp trus tgk this piece pown xkan tinggal aper2...
mmg xsyok sgt ker???
betul tu.. this piece of sequel terasing sikit dengan yang dulu... best tu best tapi kalau sapa yang kurang memahami english diorang akan blurr part-part yang menarik...
Post a Comment