Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Sunday, May 15, 2011

SABAH TRIP: DAY 1 (SEAFOOD)


Seperti yang dijanjikan, aku akan kongsi trip aku ke Sabah. Aku pergi Sabah menaiki Air Asia. Harga tiket dalam RM400 pergi balik. Boleh dapat murah lagi kalau book tiket lebih awal. Bertolak dalam jam 1045 pagi sampai dalam pukul 1.00 petang.Aku turun di terminal 2 Kota Kinabalu Airport. Flight mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit hingga 2 jam 30 minit.

Ni la kapal terbang yang aku naik.
Dah macam seat bas. Lagi sempit dari seat bas.

Tunggu bag sampai kosong temat bag ni. Harun jadah betul.

Sampai-sampai je aku dah sakit hati beg aku tak ada. Aku Tanya dekat kaunter beg saya mana. Dia cakap tunggu flight seterusnya. Memang berbulu la aku menunggu. Lepas sejam menunggu beg aku sampai. Disebabkan aku lambat check-in, so memang prosedur biasa beg akan dihantar melalui flight seterusnya. Oooo baru aku tau.
Bakso air. Tak rasa apa-apa. Macam makan bakso letak air panas je.

First tempat yang aku pergi adalah di sekitar Kem Lok Kawi. Makan disebuah restoran melayu. Nama restoran tak ingat sebab tak sedap. Aku tak lapar sangat sebab dalam kapal terbang dah makan nasi lemak. So aku order Bakso versi Sabah. Makanan dekat Sabah agak mahal berbanding di semenanjung dan rasanya pula lebih kepada neutral.Aku kemudian check in ke hotel iaitu Hotel Yaho. Agak pelik nama hotel ni tapi selesa la untuk hotel bertaraf 2 atau 3 bintang. Harga pula untuk 4 hari 3 malam agak murah dalam RM350 tidak termasuk sarapan pagi. 

Ocean Seafood Village. Sedap tapi mahal.
Malam pula aku bergerak untuk mencari Seafood yang sedap di Sabah. Kawan aku bawa aku ke sebuah restoran 5 bintang iaitu Restoran Ocean Seafood village. Restoran ini terletak di kawasan KK Waterfront dan bersebelahan Promenade Hotel. Dengar kata harga dan makanan dia pun boleh tahan. Oleh kerana dia berbesar hati untuk belanja, aku pun tumpang sekaki. Apa yang kitorang makan ialah, sotong goreng tepung, butter prawn, sweet sour kerapu, ketam goreng dan sayur kangkung. Memang tak dinafikan makanan di restoran tu sangat sedap. Harga untuk kesemua makanan ni adalah RM378.20. Kitorang bukan makan berdua tapi semua sekali makan untuk 8 orang. Kira berbaloi sedap dan kenyang. Satu lagi, semua hasil laut dekat restoran ni masih segar bugar. Semua kitorang pilih masa masih hidup lagi. 

Ikan, ketam, lobster hidup semua ada. dah macam Aquaria tempat ni.

Kedai Sumber Rejeki.
First day dekat sana sedikit bosan sebab tak buat apa-apa kecuali makan je. Ondaway balik ke hotel, singgah kejap di sebuah kedai runcit, kat sini aku nampak ada nama kedai lawak iaitu SUMBER REJEKI. Restoran ni kalau ada bola gerenti penuh punya. Emang sumber rejeki la. Dengar cerita ni kedai orang jawa. Pelik jugak aku, Sabah pun ada orang jawa.So tamat sudah perjalanan hari pertama, ada 3 hari lagi so tunggu sambungannya.

4 comments:

Ocin Chee said...

G pulau manukan x? wuucin tunggu da next episode :)

beloghakimy said...

ada-ada.. tunggu tau.. cerita pasal manukan pula... ahahhaa

aRaN said...

bakso letak air panas hahaa mmg perli tahap hanjing lol

no name said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...