Pages

KLIK KLIK KLIK !!!

Wednesday, April 13, 2011

FAKTA MENGENAI KLIA

Picture courtesy of hereinvannuys.wordpress.com
Salam dan heloo semua bloggers. Hari ni aku nak kongsi dengan korang fakta mengenai KLIA yang aku baca kelmarin di surat khabar online MSTAR. Fakta ni agak menarik dan aku nak ulas sikit berkenaan isu pelancongan. Jom sama-sama baca.

Pergerakan penumpang di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 10.53 peratus kepada 2.798 juta penumpang pada Februari 2011 daripada 2.531 juta penumpang pada bulan yang sama tahun lepas.
> 1.979 juta merupakan penumpang antarabangsa;
> 818,806 penumpang domestik;
> Pergerakan penumpang di lapangan terbang lain di bawah pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 8.5 peratus kepada 1.948 juta penumpang pada Februari 2011 daripada 1.795 juta penumpang sebelumnya;
Pergerakan kargo di KLIA susut 4.1 peratus kepada 45.002 juta kilogram daripada 46.940 juta kilogram sebelumnya;
> Bagi lapangan terbang lain, pergerakan kargo turun 0.2 peratus kepada 15.478 juta kilogram daripada 15.507 juta kilogram sebelumnya;
> Lalu lintas pesawat di KLIA bertambah sebanyak 9.6 peratus kepada 20,211 kapal terbang pada Februari 2011 daripada 18,433 kapal terbang pada bulan yang sama tahun lepas;
> Bagi lapangan terbang lain, pergerakan pesawat meningkat sembilan peratus kepada 27,832 kapal terbang berbanding 25,523 kapal terbang sebelumnya.
Kalau kita lihat fakta diatas, 1.979 juta pengguna KLIA adalah mereka yang datang dari oversea. Boleh dikatakan 1.979 juta pengguna adalah pelancong yang datang ke Malaysia. Kalau di congak dan dikira menggunakan sempua, jika setiap orang membelanjakan RM100 di Malaysia, pulangan dalam sektor pelancongan di Malaysia boleh menjangkau RM 197.9 juta. Sangat banyak.Tu belum lagi pelancong yang datang ke Malaysia menggunakan jalan laut. Tapi sedikit hampa apabila aku tengok banyak pusat pelancongan dekat Malaysia ni kelihatan uzur dan usang. Kepada pemaju pusat pelancongan, jaga la tempat korang elok-elok. Tak la nampak macam semak dan boleh memalukan Malaysia.

Aku tak nak ulas panjang, sampai sini je entri aku, kalau sudi sila-silalah komen. Doesn't matter if it is bad or good comment. Sekian, Salam, Cheers.

p/s: Tension aku, sampai ke Pulau Tioman, harap pulau je lawa, jeti dan kemudahan lain macam too scary to be use.

4 comments:

Wuucin said...

Sila usulkan aduan anda ke Big Momma Rosman Mansup ;D...
Leh tye sekali mana g duit tu semua..hahahha

beloghakimy said...

hahaah.. bagus2 idea yang bernas..

aRaN said...

aku nak report ISA pasal menda ni hahahaha

beloghakimy said...

aran: awat pulak ang nak report.. bukan salah aku.. bukan aku kutuk sultan pun.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...